‘’Dik!’’
‘’Ye…’’
‘’Adik!’’ Aku memanggil perkataan ‘adik’ secara penuh.
Sengaja. Aku tahu dia tak gemar panggilan itu. Malu mungkin. Macam manja
sangat! Hahaha.. Biarkan. Biar dia sedar diri yang dia tu budak kecik lagi.
‘’Iya.. Apa dia….’’ Rungutnya perlahan.
‘’Kalau adik nak kahwin nanti, adik nak yang macam mana?’’
Dugaku. Tadi aku yang kata dia kecik lagi. Tiba-tiba Tanya pasal kahwin.. Apa
kes..?
‘’Tak kisahlah macam mana. Janji bukan macam Along.’’
Katanya selamba.
Aku menjegilkan mata. ‘’Apasal pulak.’’ Jawapan dia, memang
mintak kena luku. Aku ni, okey apa? Eh, eh… Okey ke?
‘’Kenapa tanya-tanya ni.. Haaa.. Along nak carikan eh?’’ Tukar topik nampak. Bukan main bagus betul
strategi dia.
‘’Berangan lah kau dik. Belajar tak habis, along report kat
walid baru tau.’’
‘’Tadi siapa yang tanyaaaaa….’’
Kata-katanya itu diiringi gelak tawaku. Seronok benar aku
menyakatnya. Anak manja! Tak padan dengan lelaki.
Masih terbayang-bayang perangai nakalnya itu. Ya,
satu-satunya hero di kalangan puteri-puteri bonda dan ayahandaku.
Dik, baliklah. Along
rindu kau. Along janji tak kacau kau lagi. Tak marah kau lagi.
Thariq Mustafa.
‘’Adik, are you still there?’’
~*~
Aku terasa seperti
earphoneku ditarik. Sedikit terkejut, aku menoleh.
Dia memakai sebelah earphone yang ditarik tadi ke
telinganya. Amboi… Dah macam romantic pulak kongsi-kongsi earphone ni. Hahaha.. Dah kenapa?
Tak lama kemudian, dia memulangkan earphone itu kepadaku semula dan merebahkan badan di katil. Hujung minggu macam ni, apa lagi. Membuta jelah. Kalau jenis yang skema-skema ni, mungkin tengah study. Aku, bila lagi? Hehehe.. Shhhh..
Buku Lord of The Ring nukilan J.R.R. Tolkien aku ketepikan dulu. Pening pulak baca bila benda yang kau tak berapa faham. Aku laa, yang bajet sangat yang nak pinjam buku ni daripada Abang Firash. Konon-kononnya nak improve English lah bagai.. Sibuk baca buku ni, tapi kitab Al-Hikam pun aku tak habis khatam lagi. Paling baik gilaa kan, kalau nama aku yang kena panggil dengan ustaz untuk terjemah kitab tu masa kuliah. Memang nganga habis aku kat situ. Buat malu budak ma'ahad je..!
''Kemain lebai sorang ni. Aku punyalah ingat dia tengah dengar qasidah ke nasyid ke, rupa-rupanya layan lagu omputih. Buang tabiat ke apa.'' Sempat lagi dia mengkritik aku. Ada yang kena ni kang....
''I'm yours. Jason Mraz.'' Aku menjawab tanpa ditanya judul dan penyanyinya.Aku tersenyum senget. Kalau sikit-sikit aku layankan ke..Hehe.. Bertuah punya budakkk...!
Bila Nashriq seperti mahu terlelap, aku pun mula mengelamun.
Aku rindu. Rindu pada suasana dulu. Semenjak duduk kat sekolah baru ni, semuanya terasa serba tak kena. Aku rindukan rotan ustaz yang selalu menarbiah aku dulu.
Tapi ini kehendak aku sendiri. Nak menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh. Aku pandang dari sudut positif, aku ke sini sebab nak mengenali dunia luar, nak menyebarkan ilmu yang ada kepada mad'u yang memerlukan. Tapi.... Aku masih teringat wajah walid yang kecewa dengan pilihanku. Walid, adik mintak maaaafff...
Aku pernah terfikir jugak nak mohon ke RMC, Royal Military College. Tapi bila difikirkan balik... Ishh.. Taknaklah. Takut pulak, Hehe... Takut kena ragging.. Ala.. Macam kat sini takda..
Aku tak terkejut dengan situasi kat sini yang berbeza dari ma'ahadaku. Aku dah lali ditakut-takutkan dengan kata-kata orang yang 'dunia luar' tu teruk. Habis, kalau aku habis belajar kat ma'had nanti, aku kena berdepan dengan dunia luar jugak kan? Aku nak hadapi realiti dengan segera. Bukan itu je, aku ke sini jugak atas dasar hasratku untuk ambil aliran sains tulen. Aku nak jadi doktor. Aku nak rawat umat dari segi fizikal, mental dan rohani.
Jap, jap... Thariq Mustafa seorang doktor?.. Haha.. Seriuslaaa.. Aku tak boleh bayangkan. In Shaa Allah, doktor yang beriman. Tapi jadi doktor mesti takda life kan. Sibuk memanjang.. Sebab asyik sibuk selamatkan life orang pulak.. Takpalah.. Itulah namanya berkorban...
Keluarga aku tak tahu dan tak faham rancangan aku lagi dan kenapa aku ke sini. Mungkin sebab itu pada mulanya mereka berjauh hati denga keputusan aku ni. Aku ni perahsia ke? Lepas SPM, aku merancang nak mohon biasiswa JPA ke MARA ke untuk sambung belajar ke Jordan University of Science and Technology, (JUST) dalam bidang perubatan. Ehemm.. ehem.. Secara rahsia jugak.. Salah ke eh? Entahlahh..
Tapi kalau tak dapat tawaran ke Jordan, tapi ke India, United Kingdom ke, New Zealand ke dalam bidang medic, macam mana.. ?
Eh,eh.. Macam confirm je dapat.. Jordan pun belum tentu.Tapi rugilah kalau diorang tak amik aku sebagai student, aku ni sentiasa komitmen tau.. Haha.. Sudahlah, belajar dulu. Rezeki tu nanti Allah bagi jugak nanti.
Sebenarnya aku taklah culture shock sangat duduk sini, tapi lebih kepada janggal. Nak tau sebab apa?
Sejak semua orang tahu aku sekolah kat ma'ahad, aku selalu kena tolak,
jadi imam,
baca doa,
bagi tazkirah dan lain-lain.
Bukan aku tak sudi, tapi... Aku ni bukan Sheikh ke ustaz ke apa. Kadang malu bila orang ingat kau baik, padahal kau pun manusia yang mungkin dan pernah buat silap. Cuma Allah tutup aib.
~*~