Sunday, June 26, 2016

'Dia' seorang perempuan....

Saya faham perasaan dia... Tabahlah. Tiada bahu untuk menangis? Masih ada lantai untuk bersujud. "Dia? Bertudung labuh ja lebih. Jaga ikhtilatlah bagai. Tunduk pandangan konon. Acah alim. Wayang ja lebih."

Dia juga manusia biasa. Kutuk sana, kutuk sini. Mereka tak nampak, betapa susahnya untuk dia bermujahadah. Mereka tak nampak betapa dia usaha untuk melangkah. Mereka tak tahu susahnya dia untuk istiqamah. Mereka tak faham keadaan apabila dia yang membawa imej agama terpaksa berhadapan dengan pelbagai orang yang berbeza kefahaman agama.

Orang lain pakai tudung shawl belit-belit. Pikir dia tak teringin? Orang lain nak cantik, dia pun nak cantik. Dia pun perempuan. Orang lain pakai baju macam-macam trend, dia pun teringin.

Tapi dia tahan. Dia mahu jadi mawar berduri. Terus menghunus. Kerana dia tahu Syurga itu lebih mahal. Dia cuba. Dia cuba jaga diri. Dia cuba jaga agama. Dia cuma seorang perempuan, yang kudrat untuk berdakwah tak hebat seperti seorang lelaki. Tapi dia tetap cuba...

Handsock, tudung labuh, stokin,

"Weh, alimnya dia ni."

"Kau bolehlah. Aku tak macam kau. Solehahlah katakan."

"Aku tak boleh pakai labuh-labuh ni, panas."

Dah namanya wanita Muslim, memang wajiblah pakai pakaian yang menutup aurat. Bukan bermaksud dia tu dah cukup baik, tapi berusaha untuk jadi baik.

Dia juga manusia. Iman naik turun. Seteguh mana kaki berdiri di atas kesedaran hidayah, kadangkala tersadung jatuh jua ke dalam gaung jahiliah. Dia bukan Nabi yang maksum. Ataupun malaikat yang bersayap.

"Berlakon lebih. Tak minat artis-artis lagho, tapi minat syabab-syabab yang alim, warak ala-ala ustaz tu. Lagi-lagi kalau yang jadi imam atau tengah mengaji tu suara sedap. Tak suka yang hipster, tapi suka yang pakai jubah dengan serban ke sana sini. Sama ja..."

Dia pun ada rasa nak sayang. Dia pun nak disayang. Dia perempuan. Fitrah, perasaan untuk disayangi. Fitrah, inginkan kebaikan. Tapi dia kuatkan hati. Kerana dia mahu cinta high class, bukan cinta murahan.

Dia menangis kerana dosa dia? Siapa tahu? Dia menangis kerana ummah? Siapa tahu. Usaha dia untuk agama? Siapa tahu? Memanglah tak banyak. Matlamat, impian, cita-cita dia? Siapa tahu? Takpalah, Allah saja yang tahu.

Cukup-cukuplah kutuk, caci dan sebagainya. Dia taklah kuat seperti yang mereka nampak. Tapi dengan kudrat yang tak seberapa itulah dia melangkah.

You really don't know untill you' re in her's shoes.

Cubalah memahami bukan menghukum.

♡♥Don't jugde someone untill you know the story. Seriously, SHE NOT AN ANGEL.

Moga Allah rahmati kita semua. Berhentilah mengadili, kerana itu tugas Ilahi. Menaiplah kerana Allah. Berjuang dengan jiwa. Insya Allah hingga jejak firdausi.

》Moga kamu terus kuat.. :')

◇◆◇◆

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah


3 comments:

  1. Boleh saya tahu nama penuh enti?

    ReplyDelete
  2. Akhi Fatta Al-HafizJune 27, 2016 at 12:25 PM

    Dahlah Fitri, anonymous konon. Fikir dia nak layan kau? Haha.. Sejak bila makcik sorang ni ada blog? Haha.. Anyway, tahniah. Entri yang menarik. Patutlah kat sekolah asyik menulis je.. XD

    ReplyDelete
  3. Hey awak.. Haha.. Siapa 'syabab alim ala2 ustaz' tu?

    Yang jadi imam kat maahad tu ke?

    ReplyDelete