Friday, June 17, 2016

Jangan tanya markah aku! XD

"Markah awak berapa?"

Minah ni.. Buat saya terkejut je.. Nak kena ni. Saya cubit pipi dia lembut. Haha.. lembut pun, agak sakitlah. Sebab taklah lembut mana XD...

Kertas periksa saya pegang erat. Entahlah nak jawab apa.

"100... Tolak something.."

Ngee.. XD. Saya malas nak beritahu. Tak minat. Janji dapat potong sorang ni, yang selalu dapat markah tinggi dalam kelas ni. Itupun dah bersyukur. Depa ingat saya tak pandai ke? Tulah selalu kutuk belakang.
Eh, Astagfirullahalazim... Najah, najah.. Emo sekejap.  :v

Seingat saya waktu jawab dalam dewan haritu takdalah confident sangat. Dahlah sejuk sampai nak beku. Dengan tersengguk-sengguk nak tidur lagi. Tapi gagahkan juga mata ni. Biarlah susah beberapa tahun, janji bahagia berkurun. XD. Tahun depan dah PT3 pula... Lepas tu SPM. Haha.. Panjang pikir ni. Betullah kata orang,

" Pertolongan Allah tak datang terlalu cepat dan tak juga datang terlalu lambat, tapi ia sampai pada waktu yang tepat."

Ada orang stay up lambat semata nak exam esok. Kita lebih sanggup stay up untuk buku berbanding stay up untuk Allah. Mana tuhan? Allah ke exam?

Ilmu ni cahaya. Tak boleh masuk dalam hati yang gelap. Kalau hubungan dengan Allah, cikgu, kawan-kawan, mak ayah tak jaga, bolehkah kita rasa kita jadi insan yang hebat?

Apa yang saya beritahu ni bukanlah bermaksud saya ni pelajar hebat di sekolah, tapi berdasarkan perjalanan hidup seorang budak rencehan bernama Najah *******...

Banyak nak kata, cik tangan dah tak larat nak bekerja. XD. Moga kita lebih bersemangat dalam mengejar cita.

Yang benar,
Sayalah

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

2 comments:

  1. "Katakanlah : "Tidak sama yang buruk dan yang baik walaupun yang menakjubkanmu itu banyak yang buruk. Maka bertaqwalah kepada Allah agar kamu berjaya"

    Surah Al Maidah Juz7 M/s 124.

    Jazakillah. A'sa Allah Yusahhil Alaik fi Tariq Ila Jannah.

    ReplyDelete
  2. Thanks a lot. May Allah bless you. I come from nothing, so I appreciate everything.

    ReplyDelete