Saturday, October 29, 2016

''****************... *************...'' (Cer la teka.. mesti tak dapat. Sebab takda apa. Haha. Padan muka. :p)

Tak toleh. Sikit pun. Menyampah.

''**********...''

Lagi sekali.. Okey.. Menyampah kuasa dua.

''I love you...''

''***************************.. I love you!''

Terasa nak menjerit. Kegilaan apakah? Jangan jadikah kalimah tu mudah dengan cakap sesuka hati.

Tidakkah mereka merasa tindakkan itu merendahkan martabat seorang lelaki?

Cewah.. Bahasa..

Kalau mereka agak yang hati ini boleh terikat dengan usikkan begitu, maaf.

Anda salah orang sebenarnya.

Mereka ingat dengan usikkan begitu mampu membuat saya jatuh hati? Maaf.

Anda tersilap rupanya.

Ketidakmatangan terserlah di situ.

Ariflah dengan tabiat lelaki! Hatta yang merdu mengalunkan ayat suci saja belum tentu setia. Apatah lagi yang sibuk mengurat sana sini.

Kerana..

Yang Allah pandang itu cuma hati. Mark my word..

''Bila lelaki jatuh cinta.''

Berkerut seribu. Pandangan dikalih kearah sahabat yang sibuk menghitung detik untuk beradu.

''Majalah dakwah yang ada kat belakang kelas tu. Dia terangkan fasa lelaki dalam bercinta.''

Saya mengangkat kening.

''Fasa pertama; aku suka kamu. Waktu ini lelaki cuma suka, bukan cinta. Kajian mengatakan lelaki ialah makhluk yang mudah tertarik pada sesuatu yang lahiriah. Maksudnya yang nyata, contoh kecantikkan seorang wanita.''

Anak mata dinaikkan. Ah, tak perlu diulang. Hampir semua begitu. Hatta yang tampak islamik sekalipun.

''Sorry to say. Hate that type of guy.''

''Bukan untuk benci. Tetapi agar lebih berhati-hati.''

Menyedari khilaf, bibir menguntum istighfar.

Hingga fasa ke 7 (Kalau tak salah). Barulah ianya sampai ke fasa;

Aku cinta kamu.

Ya, saya perlu berhati-jaga (hati-hati + jaga-jaga) dengan tabiat lelaki.

Bicara semkin santai. Apa yang terjadi diluah kepada si dormate yang setia. (Lah sangat.. Haha.. Jangan marah noh *)

''Kalau saya, saya baling je dengan beg. Ada hati nak kacau anak dara orang.''

Mendengar teliti. Saya tahu dia mahu mengibur hati. Kalau benar dia di tempat saya, pasti saja dia pun tak berani.

''Biasalah.. Lelakikan lambat matang. Bantu mereka dengan tak melayan. Mereka boleh beza mana kaca mana permata.''

Mata berpinar. Berakhir dengan tidur lena di katil asrama. Namun pesanan itu menemani tidur tika itu.

Tersedar. Masih awal. Namun cukup baik untuk memulakan hari.

Pesanan masih menyapa kotak memori.
Puisi yang berantaian juga teringat kembali,


Ku Harap dirimu setia bermujahadah,
Tegas pendirian agar solehah,
Tambahkan ilmu untuk ke Syurga Allah,
Kerana dirimu remaja harapan Ummah.

Jangan dekat. Awas, hati ini kawasan larangan.

A woman with principles always worth it.

Now it's your turn,

Wakes up from sleep,

Night is not forever,

Tomorrow needs to face another,

And makes your own sunshine,

Makes it brighter than else,

Fly higher, Even over the clouds,

Through anythings,

Keep forward, no clouds can make harder,

Makes it higher,

Cause you deserve to be happy,

So smile.






Monday, October 3, 2016

Hari ni terasa malas..

Sebab kena balik asrama..

Allahu.. Medan jihad untuk menuntut ilmu..

Mana boleh malas...

Tapi..

Tak boleh tapi tapi.. Kadang saya motivasikan diri.

Sesiapa yang tidak merasa peritnya menuntut ilmu, akan merasai peritnya menanggung kejahilan..

Mesti study hard.. Saya nak pergi timur tengah. Nak dekat dengan Ulama'..

So, dikala saya rasa down. Saya kena motivate diri sendiri. I think you should do the same.

Okey.. Itulah.. Taktau nak cakap apa dah. Bebel sekejap sebelum balik asrama. Moga bermanfaat blog yang tak seberapa ni. Berdasarkan budak rencehan bernama Najah Athirah...

Ha.. Satu lagi.. Doakan saya jadi a writer. Setanding J.K. Rowling gitu.. Haha.. Eh betul ke nama tu.. Betul kot, maklumlah saya tak layan cerita Harry Potter ni.. Yahudi.. Huuu...~~

Ha.. Saya dah upload cerita yang pasal Ruhi Sofiya, Nuha Athiyah dan Najma Ufairah kat Wattpad. Hikayat Ukhwah Legend. So kalau saya tak active kat blog, rajin rajinlah tengok Wattpad ye.. Kalau adalah..

Ha.. Haha.. Banyak lak ha nya.. Cuti hujung tahun nak dekat.. Lepas ni boleh rangka banyak cerita. Boleh fokuskan dakwah dan tarbiyah. Dan boleh buat persiapan untuk menghadapi peperiksaan besar (lah sangat) next year.. :3

Tinggal exam end year.. And Alhamdulillah.. yes.. Doakan menepah kejayaan dunia+akhirat.

Dahlah.. Banyak pulak bebel.. Nanti saya kena bebel dengan my lovely umyy.. so, Assalamualaikum.

Najah
Dai'e sepenuh masa


Puisi yang membangkitkan semangat..
Novel yang saya publish kat Wattpad



"Macam mana nak tahu cinta itu kerana Allah atau sebaliknya." Tanya Nuha Athiyah penuh minat.

"Entah. Ana rasa, kalau cinta tu kerana Allah, cinta tu akan mendekatkan. Bukan menjauhkan. Malah menambah keimanan." Ujar Ruhi Sofiya sambil mengarang syair Arab. Matanya melilau ke seluruh dorm. Kebanyakkan ahlinya sedang lena diulit mimpi. Hanya tinggal mereka berdua.

"Ha.. Apa ni cinta-cinta! Oh.. Antuma berdua tengah main cinta ye..."

Ruhi terkejut. Kerana kejutan itu hampir saja dia terjatuh dari kerusi.

Hee.. Nak kena..!

"Najma Ufairah!" Bantal yang dibaling Nuha mengenai sasaran. Rasakan. Rupanya manusia ni tak tidur lagi, berselubung bawah selimut.

"Haha.. Ana nak tumpang sekaki gosip jugak." Ufairah menahan tawa yang bersisa. Bantal tadi dibaling semula ke arah Ruhi pula. Ruhi menepis dengan tangkas. Anak keningnya dinaikkan.

"Tak kena."

Ufairah menaikkan anak mata. Yang mungkin bermaksud, 'Ah, tolonglah.'

Ufairah bangun. Menuju ke meja di mana Ruhi menulis karyanya.

"Mujahadah cinta?" Ujarnya sambil membelek sebuah novel. Kemas balutannya. Karya Siti Aimuni. Di muka surat pertama tertera nama sahabat yang dikasihinya,

Ruhi Sofiya Binti Ahmad Fitri.

Kasih pada sahabatnya kian berbunga.

Di bawahnya ada quotes yang ditulis kemas,

"Fall in love when you're ready, not when you're lonley.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."

Ufairah membaca kuat.

Ruhi menepuk dahi. Habislah.. Ufairah dah jumpa novel tu. Ya Allah, cuainya dia.

"Ya Allah, Ruhi jatuh cinta." Kata Ufairah seraya menadah tangan. Hisy nak kena. Suka mengusik.

Nuha yang daripada tadi 'krik-krik' akhirnya ketawa kecil. Tidak cukup dengan itu, mukanya ditekup dengan bantal, kerana terasa kelakar dengan gaya Ufairah tadi.

"Hey.. Suka hatilah nak jatuh tangga ke, jatuh hati ke, jatuh cinta ke." Ujar Ruhi berlagak selamba. Cermin mata tebal Ufairah dirampas dan dipakainya terbalik. Dalam nadanya dapat dikesan sedikit gugup. Alahai Ruhi!

"Bila ustazah pilihan jatuh cinta..." Nuha menambah 'perasa'.

''Siapalah Imam Muda untuk Ustazah Pilihan kita ni..." Sambung Ufairah makin galak.

"Thoyib. Ambillah. Antuma menang." Ruhi mengangkat bendera putih.

Nuha sedikit pelik. Selama ini sahabatnya yang bernama Ruhi Sofiya ini selalu membeli buku berkenaan Fiqh, Sirah dan sebagainya. Tiba-tiba terselit novel cinta pulak. Apa kes ni.. Tapi daripada tajuknya, Nuha mengerti itu novel yang bergendre Islamik. Lebih kurang Cinta High Class lah. Karya Ustazah Fatimah Syarha dan zaujnya, Dr Farhan Hadi.

Masya Allah.. Sweetnya. Pasangan novelis. Menulis kerana redha Allah. Moga cinta mereka jejak ke syurga. Nuha, Ufairah dan Ruhi peminat tegar Ustazah Fatimah Syarha. Tautan hati, Cinta potato spring, Aku ada wali, Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Cik Abang, sudi nikah satu dan karya lain-lain  Ustazah Fatimah Syarha sudah mendapat tempat di rak buku mereka juga di hati mereka.

"Patutlah asyik cakap pasal cinta je dari tadi." Kata Ufairah seraya tergelak. Nuha tersedar daripada lamunannya.

"Ana yang mula dulu. Ana tanya Ruhi, macam mana kita nak tahu kalau kita cinta sesorang tu kerana Allah."

Nuha berkata kemudia bersila. Di tangannya ada buku latihan fizik tingkatan lima yang tidak luak dibuka.

Dorm yang gelap itu diterangi lampu yang samar-samar milik Nuha.

"Nice topic. May I join?" Kata Ufairah dengan pekat loghat posh Inggerisnya. Mewarisi darah Inggeris bukan bermakna dia setuju dengan budaya, pemikiran, pandangan orang Inggeris. Ufairah meletakkan agamanya sebagai prioriti. Pengalamannya membesar di negara yang mengagungkan kebebasan itu membuatkan dia berasa Islam terhina di sana.

Masih segar di ingatannya ketika dia berusia 14 tahun. Valentine's Day (Hari Kekasih) disambut besar-besaran di sekolahnya. Hampir seluruh rakannya mempunyai 'pasangan' untuk hadir ke parti yang dibuat di sekolahnya, Heathfield School, London, England. 

Sistem pembelajaran di sana lain. Pelajar yang cemerlang boleh naik gred cepat jika keputusan peperiksaan mereka memberangsangkan. Itulah yang terjadi pada Ufairah. Disebabkan itu, Darrell Aimè seorang pelajar Eton College gred tiga yang berbangsa Perancis meminati Ufairah.

Darrel Aimè. Budak lelaki perancis yang berkulit putih kemerahan, mata biru turqoise dan bercelak itu menyapa kotak memorinya. Darrel punya pelbagai maksud dalam perancis. Antaranya ialah belahan jiwa. Manakala Aimè bermaksud orang yang dicintai. Ah! Sayang sekali dia seorang atheis (Tidak percaya Tuhan).

Tawaran bercinta olehnya memang ditolak oleh Ufairah ketika itu. Yalah, gila apa. Kalau bondanya tahu, nahaslah. Tinggal di negara orang Inggeris tak bermaksud dia perlu mengikut cara mereka. Walaupun ketika itu dia belum tahu couple itu haram. Tetapi di sana ia merupakan perkara biasa. Malahan siapa yang tidak berpasangan itu diibaratkan looser.

"Paku dulang. Paku serpih. Mengata orang dia yang lebih." Bantal dibaling ke arah Najma Ufairah yang enak berangan.

"Tabarakallah." Ucap Ufairah terkejut. Dia tersengih sendiri. Melalut sungguh dia berfikir. Sampai teringat si Darrell. Hehe..

"Beranganlah tu." Sampuk Nuha. Matanya menjeling tajam si Ufairah. Setajam pedang Jepun.

"Cepatlah nak join ni.." Rengek Ufairah lagi.

"Alah mana ada apa-apa."

"Love, it's sounds interesting." Ujar Ufairah lagi.

"Enti pernah bercinta?" Tanya Nuha sambil membelek buku fiziknya.

"Isyyy.. Kitakan pelajar agama. Mana boleh main cinta.." Pangkah Ufairah. Matanya dijegilkan.

"Manalah tahu dekat UK dulu... Dengan mamat keturunan duke ke.. Haha" Ruhi mencelah.

Muncung Ufairah sedepa.

"Salahkah bercinta? Salahkah jatuh cinta?" Tanya Ufairah pula.

"Hmmmm....." Panjang bunyinya. Ruhi menurunkan pena. Syair Arabnya yang berantai di biarkan seketika. Dia turun dari kerusi, mendekati Ufairah.

Nuha juga makin mendekat.

Ufairah hairan. Dah kenapa mereka ni. Buat saspen ni. Ruhi kemudiannya membisikkan sesuatu.

"Siapa yang sebenarnya tengah angau cinta ni.." Usik Ruhi pula.

Nuha mencubit kuat pipi Ufairah.

"I just wanna know. It's okay if you don't to tell me. I will not take part." Ada nada rajuk di situ.

"Lagipun ana memang tengah angau cinta. Ana angau, mana taknya dia call ana lima kali sehari."

"Enti...!! Biar betul.. Berdosalah..!!" Jerit Nuha kecil. Mulutnya ditutup laju, bimbang mengganggu pelajar lain yang sedang lena.

Hanya Ruhi yang tenang.

"Yalah, bercinta dengan yang Maha Esa memanglah angaukan? Cinta yang tak kenal erti kecewa. Kita perlu cinta sebegitu." Kata Ruhi dalam senyuman.

"You don't answer my questions, Miss Asia Pasific." Kata Ufairah senada. Geram pula. Terasa mahu mencubit-cubit pipi Ruhi yang tak berapa tembam tu.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Mereka masih belum beradu.

"Salahkah bercinta? Salahkah jatuh cinta.? Salahkah?" Nuha mengulang pertanyaan Ufairah.

"Hmmmmm....." Makin panjang bunyinya.

Ufairah dan Nuha setia menanti jawapan.

Bersambung...
'Hint' untuk sambunganya.. ♡♥


Salam Ukhwah dari 'Ruhi Sofiya', 'Nuha Athiyah' dan 'Najma Ufairah'. Syukranlakum sudi membaca..
















Saturday, October 1, 2016

Pabila mengungkap kata cinta,
Manis bicara oh semanis gula,
Lidah lelaki harus waspada,
Lihat baik buruknya.

Aku bukan si dara biasa,
Dambakan kasih nak dimanja-manja,
Lidahku tajam bila berkata,
Niat di hati cuma,
Untuk berjaga-jaga.

Ku bagaikan mawar yang berduri,
Cantik dipandang,takut didekati,
Andai kau nak bertarik tali,
Baik kau undur diri.

Saya suka lagu ni sebab ia ada maksud mendalam.. Haha.. Maksudnya suruh jaga dirilah.. Jaga jaga ya cik Najah Athirah.. !!!

Tapi bahagian ni lah yang saya suka. Yang lain dah pasal cinta cintun.. Sudahla...

Kat asrama pun lagu famous dikalangan para akhwat..

Ciri wanita mulia:

''Wanita yang tidak dikenali dengan perkataan buruk (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki.''

Saidatina Aisyah

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

-CikAdekPokokKaktus

Ramai peminat..?

Fuh.. Saya perlu kekuatan untuk tulis entri kali ni..

Hahaha.. Bunyi mengada..

Okay.. Ustazah kata,

''Kalau ada perkara yang baik kita, boleh beritahu. Bukan nak riya'. Untuk jadi qudwah.''

Saya nak cerita ni untuk simpulkan sesuatu... Bukan nak kata saya ni ramai peminat ke apa ke. Takda maknanya.. Buang masa, buang tenaga..

Bismillah...

Lepas solat Magrib...

Lepas salam dengan kakak dan adik-adik, saya tunggu lama sikit. Nak salam dengan pengetua.

Tengah salam...

''Eh, awak ni MPM (Pengawas) yang ramai peminat tu kan?'' Pengetua tanya sambil gelak sikit.

Alamak... Allahu...

Hari Rabu. Watikah Pelantikkan Exco, MPM, BADAR, Nuqaba' dan MPKP.

Duduklah dekat kerusi. Tunggu dia panggil MPM lelaki ambil sijil penghargaan dulu, lepastu MPM perempuan beratur tepi pentas.

Saya beratur dengan kawan-kawan. Acah tak nervous. Main sekejap dengan kawan, sementara kakak-kakak depan tu amik sijil dulu, Gurau sikit. Haha. Padahal kaki dah menggigil, tangan sejuk. Pelantikkan tahun lepas tak buat kat dewan,.. Alahai..

Ah, tak lupa, semua sibuk dok jaga tudung.. Haha.. (Termasuk saya)

Sampai form kitaorang,

Kawan saya dulu, nama dia sebut.

Sampai form kitaorang je tiba ramai tepuk. (Budak lelakilah)

Saya? Lantaklah kalau krik krik pun. Apa saya kisah. Janji dapat sijil.

*** Najah ******* ***** **** ****

Nama saya sebut. Nasib tak salah sebut. Kalau tak memang nak kena..

Korang mesti nak tahu apa jadi?

Saya cakap betul. Saya tak tipu. Kuat betul bunyi tepuk. Takyah cerita lebihlah, nanti kena kecam over pulak. Siap ada budak lelaki yang kecoh lagi. Cukuplah saya beritahu ia agak kuat.

Saya tak sangka diorang berani buat macam tu. Walau saya tak pandang, saya tahu, mesti budak form saya. Nak ejek lah tu. (Wallauhalam)

Saya takut. Sambil berjalan ke arah pengetua, saya istighfar. Sebab? Nanti saya bagitahu..

Masa ambil sijil dengan cenderahati, pengetua bisik,

''Ramainya peminat.''

Tabarakallah. Nak gugur jantung. Budak-budak tu... Ya Allah. Sabar.

Saya senyum paksa. Cepat keluar dewan. Kawan-kawan yang kat belakang, saya tak tahu macam mana. Tapi kena sorak jugak macam tadi kot.

Selepas tu, kena naik lagi untuk pelantikkan baru sesi tahun depan. Alahai..

And sampai jugak ke pointnya.

Saya fikir.
Apa respon saya bila kena sorak tadi?

Gembira sebab popular (lah sangat), teruja, semangat or whatever?

Saya istighfar masa atas pentas tadi sebab,

Saya risau kalau saya 'seronok' dengan situasi itu.

Nikmatnya istighfar kerana ia menggilap iman. Memberi jalan untuk akal berfikir. Nafsu memang senang dengan usikkan sebegitu. Bahkan menganugerahkan taniah atas populariti di mata lelaki.

Tapi... Errr...

Apa kata Iman?

Iman membuatkan saya berfikir, apa kesudahan melayan usikkan begitu dan perasaan 'seronok' kerana di'sorak' rakan lelaki saya.

Syok sendiri. Perasaan berkhayal. Abaikan pelajaran. Sibuk dengar lagu cinta, drama cinta dan yang berkaitan cinta. Sibuk nak bercinta dengan cinta tanpa arah tuju. Senanya panjang lagi saya pikir, tapi malas nak cerita. Tapi pokok pangkalnya memang teruklah kalau saya pilih jalan ni.

Syaitan mengejek.

'Alah. Kau tu pikir panjang sangat. Setakat benda kecik tak bawak mudharat sebesar tu.'

Dan Iman pun berkata,

'Mencegah lebih baik dari merawat.'

Pendek. Tapi buat saya berfikir dalam.

Saya takkan layan mereka dan perasaan tu. Alah. Mereka sorak bukan sebab apa. Bukan suka pun, mungkin perli. Tak payah perasan sangat.

Biar tak glamour kat dunia tapi glamour kat langit sana. Bangga kerana populariti? Boleh jalan. Takda maknanya popular di mata lelaki. Semata-mata kerana nak perhatian mereka. Dan ketika itu saya teringat lagu ni.. Ia punya maksud mendalam.

Aku bukan si dara biasa,
Dambakan kasih nak dimanja-manja,
Lidahku tajam bila berkata,
Niat di hati cuma,
Untuk berjaga-jaga.

Saya huraikan benda ni sebab... Korang tahukan perkataan,

Mencapub. Saya tak suka perkataan ni. Bunyi kasar. Dalam erti kata lain,

Cari publisiti. Mungkin macam ni..

Men ca(cari) pub(publisiti) 

Haha.. yeke. Suka hati saya je.. mungkinlah...

Apa kaitannya dengan populariti ni?

Hari ini,

Tak kisahlah sekolah agama ke tak ke apa apa pun.

Ada muslimah yang berani 'mencari publisiti' semata untuk popular di mata lelaki.   

Semurah itukah wanita?

Ya, saya berkata berdasarkan pengalaman. Alah, benda biasa. Budak sekolah tahulah. 

Saya tak suka layan kalau kena sakat dengan lelaki. Kalau layan makin menjadi-jadi. Bukan berhenti.

Tapi naik tahun ni. Dia lain macam sikit. Jujur saya kata, kadang saya rasa macam entahlah.. Bila saya diberi 'perhatian' sebegitu. Lagi kalau dapat tangkap ada orang sedang memerhati.. Alahai.. Iman janganlaj tapuh.. 

Ah.. Tapi ternyata semua tu karut lagi mengarutkan. Saya dah sedar balik sekarang. Kembali seperti dulu memang tak boleh bagi muka lelaki ni..

Baru je pagi tadi kena lagi..

''Lap tingkap seyhh..''

''Wehh.. rajin lorhh..''

Excuse me. Lap tingkap salah ke. Pergi jagalah kelas sendiri. Sumbat mulut dengan kain lap tingkap ni baru tau.

Saya tak dahagakan perhatian lelaki. Saya tak kisah kalau tak popular di mata lelaki. Saya tak ingin semua tu. Ramai followers ke. Apa ke. Nanti kat kubur sesorang gak. Boleh jalanlah semua tu. Saya tak heran. Pikir saya apa.....?

Tolonglah para akhwat sekalian. Kita tak perlukan semua tu untuk berjaya. Janji pandangan Allah. Jangan rendahkan martabat hanya untuk PERHATIAN LELAKI. 

Sikit sikit gelak gedik depan lelaki.
Buat gaya melebih.
Cakap kuat kuat.

Dan lain lain..  

Nafsu gembira. Iman terseksa?

Jagalah puteri yang MENJAGA, TERJAGA dan DIJAGA.

''Taklah ustazah, diaorang tak suka saya. Mungkin diaorang tepuk sebab perli kot. Wallahualam...''

Saya jawab soalan pengetua apabila laber 'ramai peminat'(lah sangat) tadi diberikan kepada saya. Nak minat apanya. Bukan cantik pun. Garang pulak tu..

Saya pun ceritalah suka duka menjadi pengawas si Kusiss. Nak taip malas.. Huhu..

''Takpalah. Biasa kalau kita nak buat benda betul, orang memang tak suka.''
Pengetua nasihat panjang lebar. Ada lagi, tapi seperti biasa malas nak taip. (Hakikatnya saya menaip lambat :3)

Saya tersedar. Melihat sijil itu kembali, buat saya fikir, pengharhaan dan pelantikkan ni bukan benda main main.

Ini amanah saya. Membantu guru guru membendung masalah disiplin murid.

Baiklah.

Demi Islam.. Saya harus berdedikasi.

''Sesungguhnya Allah suka akan seseorang yang apabila dia lakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukan dengan cara terbaik.''

Riwayat Al-baihaqi

Luaskan DAKWAHMU, seluas BUMI.
Moga Allah redha,
Moga Nabi cinta.

Allahuama Amin..

Maaf jika ada perkara di entri ini buat terasa. Saya tiada niat. Saya menulis berdasarkan pengalaman..