Tak toleh. Sikit pun. Menyampah.
''**********...''
Lagi sekali.. Okey.. Menyampah kuasa dua.
''I love you...''
''***************************.. I love you!''
Terasa nak menjerit. Kegilaan apakah? Jangan jadikah kalimah tu mudah dengan cakap sesuka hati.
Tidakkah mereka merasa tindakkan itu merendahkan martabat seorang lelaki?
Cewah.. Bahasa..
Kalau mereka agak yang hati ini boleh terikat dengan usikkan begitu, maaf.
Anda salah orang sebenarnya.
Mereka ingat dengan usikkan begitu mampu membuat saya jatuh hati? Maaf.
Anda tersilap rupanya.
Ketidakmatangan terserlah di situ.
Ariflah dengan tabiat lelaki! Hatta yang merdu mengalunkan ayat suci saja belum tentu setia. Apatah lagi yang sibuk mengurat sana sini.
Kerana..
Yang Allah pandang itu cuma hati. Mark my word..
''Bila lelaki jatuh cinta.''
Berkerut seribu. Pandangan dikalih kearah sahabat yang sibuk menghitung detik untuk beradu.
''Majalah dakwah yang ada kat belakang kelas tu. Dia terangkan fasa lelaki dalam bercinta.''
Saya mengangkat kening.
''Fasa pertama; aku suka kamu. Waktu ini lelaki cuma suka, bukan cinta. Kajian mengatakan lelaki ialah makhluk yang mudah tertarik pada sesuatu yang lahiriah. Maksudnya yang nyata, contoh kecantikkan seorang wanita.''
Anak mata dinaikkan. Ah, tak perlu diulang. Hampir semua begitu. Hatta yang tampak islamik sekalipun.
''Sorry to say. Hate that type of guy.''
''Bukan untuk benci. Tetapi agar lebih berhati-hati.''
Menyedari khilaf, bibir menguntum istighfar.
Hingga fasa ke 7 (Kalau tak salah). Barulah ianya sampai ke fasa;
Aku cinta kamu.
Ya, saya perlu berhati-jaga (hati-hati + jaga-jaga) dengan tabiat lelaki.
Bicara semkin santai. Apa yang terjadi diluah kepada si dormate yang setia. (Lah sangat.. Haha.. Jangan marah noh *)
''Kalau saya, saya baling je dengan beg. Ada hati nak kacau anak dara orang.''
Mendengar teliti. Saya tahu dia mahu mengibur hati. Kalau benar dia di tempat saya, pasti saja dia pun tak berani.
''Biasalah.. Lelakikan lambat matang. Bantu mereka dengan tak melayan. Mereka boleh beza mana kaca mana permata.''
Mata berpinar. Berakhir dengan tidur lena di katil asrama. Namun pesanan itu menemani tidur tika itu.
Tersedar. Masih awal. Namun cukup baik untuk memulakan hari.
Pesanan masih menyapa kotak memori.
Puisi yang berantaian juga teringat kembali,
Ku Harap dirimu setia bermujahadah,
Tegas pendirian agar solehah,
Tambahkan ilmu untuk ke Syurga Allah,
Kerana dirimu remaja harapan Ummah.
Jangan dekat. Awas, hati ini kawasan larangan.
A woman with principles always worth it.
Now it's your turn,
Wakes up from sleep,
Night is not forever,
Tomorrow needs to face another,
And makes your own sunshine,
Makes it brighter than else,
Fly higher, Even over the clouds,
Through anythings,
Keep forward, no clouds can make harder,
Makes it higher,
Cause you deserve to be happy,
So smile.
![]() |

No comments:
Post a Comment