Saturday, September 24, 2016

Adikku,
Lihatlah mawar yang cantik,
Semuanya menarik,
Hingga kumbang tertarik,
Durinya boleh mencarik.

Adikku,
Kau mawar agama,
Dicipta yang Esa,
Dengan tugas mulia,
Hamba dan khalifahNya.

Adikku,
Allah sedang menjagamu,
Untuk insan yang istimewa,
Jangan perjudikan kesucianmu,
Dengan menghampiri zina.

Adikku,
Siapkan dirimu,
Hunuskan durimu,
Cinta remaja hanya palsu,
CintaNya tidak menipu.

By Ustazah Fatimah Syarha.


Friday, September 9, 2016




Fikiranku berat,
Hatiku sarat,
Mahu berjaya,
Tapi bagaimana?

Aku mencari ilmu duniawi,
Agar lebih dipandang tinggi,
Tapi cintaku pada ukhrawi,
Mahu memburu cinta Ilahi.

Masa terasa suntuk,
Meninggalkan sesiapa yang terjatuh,
Membawa ilmu dunia dan akhirat tidak mudah,
Membahagi masa penuh payah.

Kalaulah bersama Quran dan Sunnah,
Bahagia itu daku cari,
Namun di zaman sebegini,
Ummah berkemahiran mungkin lebih berbakti.

Impikanlah apa saja,
Kejarlah cita yang mahu dicapai,
Namun ingat,
Jadilah yang bertaqwa,
Yang ikhlas berbuat kerja kerana Allah.

Agar memberi manfaat pada Ummah.
Berdakwah di samping mengembalikan zaman kegemilangan Ummah. Kerana Islam itu SYUMUL.

Penat mengira, puasku tempuh,
Terasa ilmu agama begitu cetek,
Lelah menghafaz rumus, formula juga teori,
Itulah ilmu duniawi, platform untuk melangkah ke Universiti nanti.

Aku penat, kerana aku tak hebat,
Kadangkala mungkin berputus asa,
Ilmu duniawi sukar dikuasai,
Ilmu agama apatah lagi.

Namun niatku ikhlas setulus hati,
Mahu menjadi yang terhebat sekali,
Mungkin doktor, atau apa lagi,
Namun cinta terus bersemi,

Di bawah naungan Quran dan Sunnah yang hakiki...

Kerana Islam itu SYUMUL.

Doctor-to-be♡♥ Lulusan JUST (Jordan University of Science and Technology)
Insya Allah...



Struggle buat math. Nak pergi timur tengah lah katakan.. Haha.. :>
Kena kecam baru tahu.. :3