Saturday, October 29, 2016

''****************... *************...'' (Cer la teka.. mesti tak dapat. Sebab takda apa. Haha. Padan muka. :p)

Tak toleh. Sikit pun. Menyampah.

''**********...''

Lagi sekali.. Okey.. Menyampah kuasa dua.

''I love you...''

''***************************.. I love you!''

Terasa nak menjerit. Kegilaan apakah? Jangan jadikah kalimah tu mudah dengan cakap sesuka hati.

Tidakkah mereka merasa tindakkan itu merendahkan martabat seorang lelaki?

Cewah.. Bahasa..

Kalau mereka agak yang hati ini boleh terikat dengan usikkan begitu, maaf.

Anda salah orang sebenarnya.

Mereka ingat dengan usikkan begitu mampu membuat saya jatuh hati? Maaf.

Anda tersilap rupanya.

Ketidakmatangan terserlah di situ.

Ariflah dengan tabiat lelaki! Hatta yang merdu mengalunkan ayat suci saja belum tentu setia. Apatah lagi yang sibuk mengurat sana sini.

Kerana..

Yang Allah pandang itu cuma hati. Mark my word..

''Bila lelaki jatuh cinta.''

Berkerut seribu. Pandangan dikalih kearah sahabat yang sibuk menghitung detik untuk beradu.

''Majalah dakwah yang ada kat belakang kelas tu. Dia terangkan fasa lelaki dalam bercinta.''

Saya mengangkat kening.

''Fasa pertama; aku suka kamu. Waktu ini lelaki cuma suka, bukan cinta. Kajian mengatakan lelaki ialah makhluk yang mudah tertarik pada sesuatu yang lahiriah. Maksudnya yang nyata, contoh kecantikkan seorang wanita.''

Anak mata dinaikkan. Ah, tak perlu diulang. Hampir semua begitu. Hatta yang tampak islamik sekalipun.

''Sorry to say. Hate that type of guy.''

''Bukan untuk benci. Tetapi agar lebih berhati-hati.''

Menyedari khilaf, bibir menguntum istighfar.

Hingga fasa ke 7 (Kalau tak salah). Barulah ianya sampai ke fasa;

Aku cinta kamu.

Ya, saya perlu berhati-jaga (hati-hati + jaga-jaga) dengan tabiat lelaki.

Bicara semkin santai. Apa yang terjadi diluah kepada si dormate yang setia. (Lah sangat.. Haha.. Jangan marah noh *)

''Kalau saya, saya baling je dengan beg. Ada hati nak kacau anak dara orang.''

Mendengar teliti. Saya tahu dia mahu mengibur hati. Kalau benar dia di tempat saya, pasti saja dia pun tak berani.

''Biasalah.. Lelakikan lambat matang. Bantu mereka dengan tak melayan. Mereka boleh beza mana kaca mana permata.''

Mata berpinar. Berakhir dengan tidur lena di katil asrama. Namun pesanan itu menemani tidur tika itu.

Tersedar. Masih awal. Namun cukup baik untuk memulakan hari.

Pesanan masih menyapa kotak memori.
Puisi yang berantaian juga teringat kembali,


Ku Harap dirimu setia bermujahadah,
Tegas pendirian agar solehah,
Tambahkan ilmu untuk ke Syurga Allah,
Kerana dirimu remaja harapan Ummah.

Jangan dekat. Awas, hati ini kawasan larangan.

A woman with principles always worth it.

Now it's your turn,

Wakes up from sleep,

Night is not forever,

Tomorrow needs to face another,

And makes your own sunshine,

Makes it brighter than else,

Fly higher, Even over the clouds,

Through anythings,

Keep forward, no clouds can make harder,

Makes it higher,

Cause you deserve to be happy,

So smile.






Monday, October 3, 2016

Hari ni terasa malas..

Sebab kena balik asrama..

Allahu.. Medan jihad untuk menuntut ilmu..

Mana boleh malas...

Tapi..

Tak boleh tapi tapi.. Kadang saya motivasikan diri.

Sesiapa yang tidak merasa peritnya menuntut ilmu, akan merasai peritnya menanggung kejahilan..

Mesti study hard.. Saya nak pergi timur tengah. Nak dekat dengan Ulama'..

So, dikala saya rasa down. Saya kena motivate diri sendiri. I think you should do the same.

Okey.. Itulah.. Taktau nak cakap apa dah. Bebel sekejap sebelum balik asrama. Moga bermanfaat blog yang tak seberapa ni. Berdasarkan budak rencehan bernama Najah Athirah...

Ha.. Satu lagi.. Doakan saya jadi a writer. Setanding J.K. Rowling gitu.. Haha.. Eh betul ke nama tu.. Betul kot, maklumlah saya tak layan cerita Harry Potter ni.. Yahudi.. Huuu...~~

Ha.. Saya dah upload cerita yang pasal Ruhi Sofiya, Nuha Athiyah dan Najma Ufairah kat Wattpad. Hikayat Ukhwah Legend. So kalau saya tak active kat blog, rajin rajinlah tengok Wattpad ye.. Kalau adalah..

Ha.. Haha.. Banyak lak ha nya.. Cuti hujung tahun nak dekat.. Lepas ni boleh rangka banyak cerita. Boleh fokuskan dakwah dan tarbiyah. Dan boleh buat persiapan untuk menghadapi peperiksaan besar (lah sangat) next year.. :3

Tinggal exam end year.. And Alhamdulillah.. yes.. Doakan menepah kejayaan dunia+akhirat.

Dahlah.. Banyak pulak bebel.. Nanti saya kena bebel dengan my lovely umyy.. so, Assalamualaikum.

Najah
Dai'e sepenuh masa


Puisi yang membangkitkan semangat..
Novel yang saya publish kat Wattpad



"Macam mana nak tahu cinta itu kerana Allah atau sebaliknya." Tanya Nuha Athiyah penuh minat.

"Entah. Ana rasa, kalau cinta tu kerana Allah, cinta tu akan mendekatkan. Bukan menjauhkan. Malah menambah keimanan." Ujar Ruhi Sofiya sambil mengarang syair Arab. Matanya melilau ke seluruh dorm. Kebanyakkan ahlinya sedang lena diulit mimpi. Hanya tinggal mereka berdua.

"Ha.. Apa ni cinta-cinta! Oh.. Antuma berdua tengah main cinta ye..."

Ruhi terkejut. Kerana kejutan itu hampir saja dia terjatuh dari kerusi.

Hee.. Nak kena..!

"Najma Ufairah!" Bantal yang dibaling Nuha mengenai sasaran. Rasakan. Rupanya manusia ni tak tidur lagi, berselubung bawah selimut.

"Haha.. Ana nak tumpang sekaki gosip jugak." Ufairah menahan tawa yang bersisa. Bantal tadi dibaling semula ke arah Ruhi pula. Ruhi menepis dengan tangkas. Anak keningnya dinaikkan.

"Tak kena."

Ufairah menaikkan anak mata. Yang mungkin bermaksud, 'Ah, tolonglah.'

Ufairah bangun. Menuju ke meja di mana Ruhi menulis karyanya.

"Mujahadah cinta?" Ujarnya sambil membelek sebuah novel. Kemas balutannya. Karya Siti Aimuni. Di muka surat pertama tertera nama sahabat yang dikasihinya,

Ruhi Sofiya Binti Ahmad Fitri.

Kasih pada sahabatnya kian berbunga.

Di bawahnya ada quotes yang ditulis kemas,

"Fall in love when you're ready, not when you're lonley.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."

Ufairah membaca kuat.

Ruhi menepuk dahi. Habislah.. Ufairah dah jumpa novel tu. Ya Allah, cuainya dia.

"Ya Allah, Ruhi jatuh cinta." Kata Ufairah seraya menadah tangan. Hisy nak kena. Suka mengusik.

Nuha yang daripada tadi 'krik-krik' akhirnya ketawa kecil. Tidak cukup dengan itu, mukanya ditekup dengan bantal, kerana terasa kelakar dengan gaya Ufairah tadi.

"Hey.. Suka hatilah nak jatuh tangga ke, jatuh hati ke, jatuh cinta ke." Ujar Ruhi berlagak selamba. Cermin mata tebal Ufairah dirampas dan dipakainya terbalik. Dalam nadanya dapat dikesan sedikit gugup. Alahai Ruhi!

"Bila ustazah pilihan jatuh cinta..." Nuha menambah 'perasa'.

''Siapalah Imam Muda untuk Ustazah Pilihan kita ni..." Sambung Ufairah makin galak.

"Thoyib. Ambillah. Antuma menang." Ruhi mengangkat bendera putih.

Nuha sedikit pelik. Selama ini sahabatnya yang bernama Ruhi Sofiya ini selalu membeli buku berkenaan Fiqh, Sirah dan sebagainya. Tiba-tiba terselit novel cinta pulak. Apa kes ni.. Tapi daripada tajuknya, Nuha mengerti itu novel yang bergendre Islamik. Lebih kurang Cinta High Class lah. Karya Ustazah Fatimah Syarha dan zaujnya, Dr Farhan Hadi.

Masya Allah.. Sweetnya. Pasangan novelis. Menulis kerana redha Allah. Moga cinta mereka jejak ke syurga. Nuha, Ufairah dan Ruhi peminat tegar Ustazah Fatimah Syarha. Tautan hati, Cinta potato spring, Aku ada wali, Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Cik Abang, sudi nikah satu dan karya lain-lain  Ustazah Fatimah Syarha sudah mendapat tempat di rak buku mereka juga di hati mereka.

"Patutlah asyik cakap pasal cinta je dari tadi." Kata Ufairah seraya tergelak. Nuha tersedar daripada lamunannya.

"Ana yang mula dulu. Ana tanya Ruhi, macam mana kita nak tahu kalau kita cinta sesorang tu kerana Allah."

Nuha berkata kemudia bersila. Di tangannya ada buku latihan fizik tingkatan lima yang tidak luak dibuka.

Dorm yang gelap itu diterangi lampu yang samar-samar milik Nuha.

"Nice topic. May I join?" Kata Ufairah dengan pekat loghat posh Inggerisnya. Mewarisi darah Inggeris bukan bermakna dia setuju dengan budaya, pemikiran, pandangan orang Inggeris. Ufairah meletakkan agamanya sebagai prioriti. Pengalamannya membesar di negara yang mengagungkan kebebasan itu membuatkan dia berasa Islam terhina di sana.

Masih segar di ingatannya ketika dia berusia 14 tahun. Valentine's Day (Hari Kekasih) disambut besar-besaran di sekolahnya. Hampir seluruh rakannya mempunyai 'pasangan' untuk hadir ke parti yang dibuat di sekolahnya, Heathfield School, London, England. 

Sistem pembelajaran di sana lain. Pelajar yang cemerlang boleh naik gred cepat jika keputusan peperiksaan mereka memberangsangkan. Itulah yang terjadi pada Ufairah. Disebabkan itu, Darrell Aimè seorang pelajar Eton College gred tiga yang berbangsa Perancis meminati Ufairah.

Darrel Aimè. Budak lelaki perancis yang berkulit putih kemerahan, mata biru turqoise dan bercelak itu menyapa kotak memorinya. Darrel punya pelbagai maksud dalam perancis. Antaranya ialah belahan jiwa. Manakala Aimè bermaksud orang yang dicintai. Ah! Sayang sekali dia seorang atheis (Tidak percaya Tuhan).

Tawaran bercinta olehnya memang ditolak oleh Ufairah ketika itu. Yalah, gila apa. Kalau bondanya tahu, nahaslah. Tinggal di negara orang Inggeris tak bermaksud dia perlu mengikut cara mereka. Walaupun ketika itu dia belum tahu couple itu haram. Tetapi di sana ia merupakan perkara biasa. Malahan siapa yang tidak berpasangan itu diibaratkan looser.

"Paku dulang. Paku serpih. Mengata orang dia yang lebih." Bantal dibaling ke arah Najma Ufairah yang enak berangan.

"Tabarakallah." Ucap Ufairah terkejut. Dia tersengih sendiri. Melalut sungguh dia berfikir. Sampai teringat si Darrell. Hehe..

"Beranganlah tu." Sampuk Nuha. Matanya menjeling tajam si Ufairah. Setajam pedang Jepun.

"Cepatlah nak join ni.." Rengek Ufairah lagi.

"Alah mana ada apa-apa."

"Love, it's sounds interesting." Ujar Ufairah lagi.

"Enti pernah bercinta?" Tanya Nuha sambil membelek buku fiziknya.

"Isyyy.. Kitakan pelajar agama. Mana boleh main cinta.." Pangkah Ufairah. Matanya dijegilkan.

"Manalah tahu dekat UK dulu... Dengan mamat keturunan duke ke.. Haha" Ruhi mencelah.

Muncung Ufairah sedepa.

"Salahkah bercinta? Salahkah jatuh cinta?" Tanya Ufairah pula.

"Hmmmm....." Panjang bunyinya. Ruhi menurunkan pena. Syair Arabnya yang berantai di biarkan seketika. Dia turun dari kerusi, mendekati Ufairah.

Nuha juga makin mendekat.

Ufairah hairan. Dah kenapa mereka ni. Buat saspen ni. Ruhi kemudiannya membisikkan sesuatu.

"Siapa yang sebenarnya tengah angau cinta ni.." Usik Ruhi pula.

Nuha mencubit kuat pipi Ufairah.

"I just wanna know. It's okay if you don't to tell me. I will not take part." Ada nada rajuk di situ.

"Lagipun ana memang tengah angau cinta. Ana angau, mana taknya dia call ana lima kali sehari."

"Enti...!! Biar betul.. Berdosalah..!!" Jerit Nuha kecil. Mulutnya ditutup laju, bimbang mengganggu pelajar lain yang sedang lena.

Hanya Ruhi yang tenang.

"Yalah, bercinta dengan yang Maha Esa memanglah angaukan? Cinta yang tak kenal erti kecewa. Kita perlu cinta sebegitu." Kata Ruhi dalam senyuman.

"You don't answer my questions, Miss Asia Pasific." Kata Ufairah senada. Geram pula. Terasa mahu mencubit-cubit pipi Ruhi yang tak berapa tembam tu.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Mereka masih belum beradu.

"Salahkah bercinta? Salahkah jatuh cinta.? Salahkah?" Nuha mengulang pertanyaan Ufairah.

"Hmmmmm....." Makin panjang bunyinya.

Ufairah dan Nuha setia menanti jawapan.

Bersambung...
'Hint' untuk sambunganya.. ♡♥


Salam Ukhwah dari 'Ruhi Sofiya', 'Nuha Athiyah' dan 'Najma Ufairah'. Syukranlakum sudi membaca..
















Saturday, October 1, 2016

Pabila mengungkap kata cinta,
Manis bicara oh semanis gula,
Lidah lelaki harus waspada,
Lihat baik buruknya.

Aku bukan si dara biasa,
Dambakan kasih nak dimanja-manja,
Lidahku tajam bila berkata,
Niat di hati cuma,
Untuk berjaga-jaga.

Ku bagaikan mawar yang berduri,
Cantik dipandang,takut didekati,
Andai kau nak bertarik tali,
Baik kau undur diri.

Saya suka lagu ni sebab ia ada maksud mendalam.. Haha.. Maksudnya suruh jaga dirilah.. Jaga jaga ya cik Najah Athirah.. !!!

Tapi bahagian ni lah yang saya suka. Yang lain dah pasal cinta cintun.. Sudahla...

Kat asrama pun lagu famous dikalangan para akhwat..

Ciri wanita mulia:

''Wanita yang tidak dikenali dengan perkataan buruk (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki.''

Saidatina Aisyah

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

-CikAdekPokokKaktus

Ramai peminat..?

Fuh.. Saya perlu kekuatan untuk tulis entri kali ni..

Hahaha.. Bunyi mengada..

Okay.. Ustazah kata,

''Kalau ada perkara yang baik kita, boleh beritahu. Bukan nak riya'. Untuk jadi qudwah.''

Saya nak cerita ni untuk simpulkan sesuatu... Bukan nak kata saya ni ramai peminat ke apa ke. Takda maknanya.. Buang masa, buang tenaga..

Bismillah...

Lepas solat Magrib...

Lepas salam dengan kakak dan adik-adik, saya tunggu lama sikit. Nak salam dengan pengetua.

Tengah salam...

''Eh, awak ni MPM (Pengawas) yang ramai peminat tu kan?'' Pengetua tanya sambil gelak sikit.

Alamak... Allahu...

Hari Rabu. Watikah Pelantikkan Exco, MPM, BADAR, Nuqaba' dan MPKP.

Duduklah dekat kerusi. Tunggu dia panggil MPM lelaki ambil sijil penghargaan dulu, lepastu MPM perempuan beratur tepi pentas.

Saya beratur dengan kawan-kawan. Acah tak nervous. Main sekejap dengan kawan, sementara kakak-kakak depan tu amik sijil dulu, Gurau sikit. Haha. Padahal kaki dah menggigil, tangan sejuk. Pelantikkan tahun lepas tak buat kat dewan,.. Alahai..

Ah, tak lupa, semua sibuk dok jaga tudung.. Haha.. (Termasuk saya)

Sampai form kitaorang,

Kawan saya dulu, nama dia sebut.

Sampai form kitaorang je tiba ramai tepuk. (Budak lelakilah)

Saya? Lantaklah kalau krik krik pun. Apa saya kisah. Janji dapat sijil.

*** Najah ******* ***** **** ****

Nama saya sebut. Nasib tak salah sebut. Kalau tak memang nak kena..

Korang mesti nak tahu apa jadi?

Saya cakap betul. Saya tak tipu. Kuat betul bunyi tepuk. Takyah cerita lebihlah, nanti kena kecam over pulak. Siap ada budak lelaki yang kecoh lagi. Cukuplah saya beritahu ia agak kuat.

Saya tak sangka diorang berani buat macam tu. Walau saya tak pandang, saya tahu, mesti budak form saya. Nak ejek lah tu. (Wallauhalam)

Saya takut. Sambil berjalan ke arah pengetua, saya istighfar. Sebab? Nanti saya bagitahu..

Masa ambil sijil dengan cenderahati, pengetua bisik,

''Ramainya peminat.''

Tabarakallah. Nak gugur jantung. Budak-budak tu... Ya Allah. Sabar.

Saya senyum paksa. Cepat keluar dewan. Kawan-kawan yang kat belakang, saya tak tahu macam mana. Tapi kena sorak jugak macam tadi kot.

Selepas tu, kena naik lagi untuk pelantikkan baru sesi tahun depan. Alahai..

And sampai jugak ke pointnya.

Saya fikir.
Apa respon saya bila kena sorak tadi?

Gembira sebab popular (lah sangat), teruja, semangat or whatever?

Saya istighfar masa atas pentas tadi sebab,

Saya risau kalau saya 'seronok' dengan situasi itu.

Nikmatnya istighfar kerana ia menggilap iman. Memberi jalan untuk akal berfikir. Nafsu memang senang dengan usikkan sebegitu. Bahkan menganugerahkan taniah atas populariti di mata lelaki.

Tapi... Errr...

Apa kata Iman?

Iman membuatkan saya berfikir, apa kesudahan melayan usikkan begitu dan perasaan 'seronok' kerana di'sorak' rakan lelaki saya.

Syok sendiri. Perasaan berkhayal. Abaikan pelajaran. Sibuk dengar lagu cinta, drama cinta dan yang berkaitan cinta. Sibuk nak bercinta dengan cinta tanpa arah tuju. Senanya panjang lagi saya pikir, tapi malas nak cerita. Tapi pokok pangkalnya memang teruklah kalau saya pilih jalan ni.

Syaitan mengejek.

'Alah. Kau tu pikir panjang sangat. Setakat benda kecik tak bawak mudharat sebesar tu.'

Dan Iman pun berkata,

'Mencegah lebih baik dari merawat.'

Pendek. Tapi buat saya berfikir dalam.

Saya takkan layan mereka dan perasaan tu. Alah. Mereka sorak bukan sebab apa. Bukan suka pun, mungkin perli. Tak payah perasan sangat.

Biar tak glamour kat dunia tapi glamour kat langit sana. Bangga kerana populariti? Boleh jalan. Takda maknanya popular di mata lelaki. Semata-mata kerana nak perhatian mereka. Dan ketika itu saya teringat lagu ni.. Ia punya maksud mendalam.

Aku bukan si dara biasa,
Dambakan kasih nak dimanja-manja,
Lidahku tajam bila berkata,
Niat di hati cuma,
Untuk berjaga-jaga.

Saya huraikan benda ni sebab... Korang tahukan perkataan,

Mencapub. Saya tak suka perkataan ni. Bunyi kasar. Dalam erti kata lain,

Cari publisiti. Mungkin macam ni..

Men ca(cari) pub(publisiti) 

Haha.. yeke. Suka hati saya je.. mungkinlah...

Apa kaitannya dengan populariti ni?

Hari ini,

Tak kisahlah sekolah agama ke tak ke apa apa pun.

Ada muslimah yang berani 'mencari publisiti' semata untuk popular di mata lelaki.   

Semurah itukah wanita?

Ya, saya berkata berdasarkan pengalaman. Alah, benda biasa. Budak sekolah tahulah. 

Saya tak suka layan kalau kena sakat dengan lelaki. Kalau layan makin menjadi-jadi. Bukan berhenti.

Tapi naik tahun ni. Dia lain macam sikit. Jujur saya kata, kadang saya rasa macam entahlah.. Bila saya diberi 'perhatian' sebegitu. Lagi kalau dapat tangkap ada orang sedang memerhati.. Alahai.. Iman janganlaj tapuh.. 

Ah.. Tapi ternyata semua tu karut lagi mengarutkan. Saya dah sedar balik sekarang. Kembali seperti dulu memang tak boleh bagi muka lelaki ni..

Baru je pagi tadi kena lagi..

''Lap tingkap seyhh..''

''Wehh.. rajin lorhh..''

Excuse me. Lap tingkap salah ke. Pergi jagalah kelas sendiri. Sumbat mulut dengan kain lap tingkap ni baru tau.

Saya tak dahagakan perhatian lelaki. Saya tak kisah kalau tak popular di mata lelaki. Saya tak ingin semua tu. Ramai followers ke. Apa ke. Nanti kat kubur sesorang gak. Boleh jalanlah semua tu. Saya tak heran. Pikir saya apa.....?

Tolonglah para akhwat sekalian. Kita tak perlukan semua tu untuk berjaya. Janji pandangan Allah. Jangan rendahkan martabat hanya untuk PERHATIAN LELAKI. 

Sikit sikit gelak gedik depan lelaki.
Buat gaya melebih.
Cakap kuat kuat.

Dan lain lain..  

Nafsu gembira. Iman terseksa?

Jagalah puteri yang MENJAGA, TERJAGA dan DIJAGA.

''Taklah ustazah, diaorang tak suka saya. Mungkin diaorang tepuk sebab perli kot. Wallahualam...''

Saya jawab soalan pengetua apabila laber 'ramai peminat'(lah sangat) tadi diberikan kepada saya. Nak minat apanya. Bukan cantik pun. Garang pulak tu..

Saya pun ceritalah suka duka menjadi pengawas si Kusiss. Nak taip malas.. Huhu..

''Takpalah. Biasa kalau kita nak buat benda betul, orang memang tak suka.''
Pengetua nasihat panjang lebar. Ada lagi, tapi seperti biasa malas nak taip. (Hakikatnya saya menaip lambat :3)

Saya tersedar. Melihat sijil itu kembali, buat saya fikir, pengharhaan dan pelantikkan ni bukan benda main main.

Ini amanah saya. Membantu guru guru membendung masalah disiplin murid.

Baiklah.

Demi Islam.. Saya harus berdedikasi.

''Sesungguhnya Allah suka akan seseorang yang apabila dia lakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukan dengan cara terbaik.''

Riwayat Al-baihaqi

Luaskan DAKWAHMU, seluas BUMI.
Moga Allah redha,
Moga Nabi cinta.

Allahuama Amin..

Maaf jika ada perkara di entri ini buat terasa. Saya tiada niat. Saya menulis berdasarkan pengalaman..









Saturday, September 24, 2016

Adikku,
Lihatlah mawar yang cantik,
Semuanya menarik,
Hingga kumbang tertarik,
Durinya boleh mencarik.

Adikku,
Kau mawar agama,
Dicipta yang Esa,
Dengan tugas mulia,
Hamba dan khalifahNya.

Adikku,
Allah sedang menjagamu,
Untuk insan yang istimewa,
Jangan perjudikan kesucianmu,
Dengan menghampiri zina.

Adikku,
Siapkan dirimu,
Hunuskan durimu,
Cinta remaja hanya palsu,
CintaNya tidak menipu.

By Ustazah Fatimah Syarha.


Friday, September 9, 2016




Fikiranku berat,
Hatiku sarat,
Mahu berjaya,
Tapi bagaimana?

Aku mencari ilmu duniawi,
Agar lebih dipandang tinggi,
Tapi cintaku pada ukhrawi,
Mahu memburu cinta Ilahi.

Masa terasa suntuk,
Meninggalkan sesiapa yang terjatuh,
Membawa ilmu dunia dan akhirat tidak mudah,
Membahagi masa penuh payah.

Kalaulah bersama Quran dan Sunnah,
Bahagia itu daku cari,
Namun di zaman sebegini,
Ummah berkemahiran mungkin lebih berbakti.

Impikanlah apa saja,
Kejarlah cita yang mahu dicapai,
Namun ingat,
Jadilah yang bertaqwa,
Yang ikhlas berbuat kerja kerana Allah.

Agar memberi manfaat pada Ummah.
Berdakwah di samping mengembalikan zaman kegemilangan Ummah. Kerana Islam itu SYUMUL.

Penat mengira, puasku tempuh,
Terasa ilmu agama begitu cetek,
Lelah menghafaz rumus, formula juga teori,
Itulah ilmu duniawi, platform untuk melangkah ke Universiti nanti.

Aku penat, kerana aku tak hebat,
Kadangkala mungkin berputus asa,
Ilmu duniawi sukar dikuasai,
Ilmu agama apatah lagi.

Namun niatku ikhlas setulus hati,
Mahu menjadi yang terhebat sekali,
Mungkin doktor, atau apa lagi,
Namun cinta terus bersemi,

Di bawah naungan Quran dan Sunnah yang hakiki...

Kerana Islam itu SYUMUL.

Doctor-to-be♡♥ Lulusan JUST (Jordan University of Science and Technology)
Insya Allah...



Struggle buat math. Nak pergi timur tengah lah katakan.. Haha.. :>
Kena kecam baru tahu.. :3



Saturday, August 20, 2016

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar."

Al Baqarah:153

"Orang yang mata hatinya dalam keadaan tertutup,tidak mahu memperhatikan tanda-tanda kebesaranKu, dan mereka juga tidak sanggup mendengarnya."

Al Kahfi: 101

"Dan mereka ingkar kerana kezaliman dan kesombongannya, padahal hati mereka tahu akan kebenaran yang sebenar. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang membuat kerosakkan."

Al Naml:14

"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah keampunan untuk dosamu dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."

Ghafir:55

"Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya. Dan dialah Maha Pelindung, lagi Maha terpuji."

As Syura:28

"Maka janganlah kamu lemah dan berdamai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan Dia tidak akan mengurangi segala amalanmu."

Muhammad:35

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan!

Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Al Saff:2-4

"Celakalah bagi pengumpat dan pencela."

Al Humazah:1

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

Ali Imran:142

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."

Ali Imran:139

"Katakanlah (Muhammad), "Setiap orang berbuat amal menurut kemampuannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui sesiapa yang lebih benar jalannya."

♡♥"Katakanlah,"Wahai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Dan dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Sebaik mana pun diri kamu,setinggi mana pun darjat kamu, sebanyak mana pun amalan kamu, jangan merasa diri lebih baik daripada yang lain. Kerana itu sudah dikira agak buruk.

Syurga untuk semua. Juga untuk pendosa seperti kita.

Tidaklah aku gembira dengan dosa yang aku lakukan, bukanlah pula bangga dengan kebaikkan yang aku lakukan.

Allah, setiap gerakan mujahadah aku kau kiralah. Moga itu tanda cinta aku padamu.


Talk what you want to talk. Saya tak hidup bertuhankan manusia.

Jika manusia membencimu,
Ingatlah Allah juga boleh menyayangi kamu tanpa syarat dan alasan.

Allah lebih tahu betapa susah untuk berpura-pura tabah dan gagah di atas jalan mujahadah.

Dan Allah lebih tahu betapa kita usaha memperbaiki kekhilafan diri.

Berhenti menghukum dan menilai,
Kerana itu kerja Allahurabbi.

"Pakai tudung labuh, niqab itu ini...
Tapi...."
"Pakai jubah serban tapi..."

"Macam mana nak jadi ikon agama pada masyarakat?"

"Takpalah, kita tunggu je malaikat turun bawah cahaya dari langit jadi ikon agama untuk masyarakat."

Moga Allah mengampuni segala khilaf.
Kerana saya juga dalam perjalanan mempersiapkan diri ke jalan syahid. Maka dengan itu saya isytiharkan, bahawa Nur Najah Athirah masih belum sempurna. Dan takkan pernah sempurna.

Sunday, June 26, 2016

'Dia' seorang perempuan....

Saya faham perasaan dia... Tabahlah. Tiada bahu untuk menangis? Masih ada lantai untuk bersujud. "Dia? Bertudung labuh ja lebih. Jaga ikhtilatlah bagai. Tunduk pandangan konon. Acah alim. Wayang ja lebih."

Dia juga manusia biasa. Kutuk sana, kutuk sini. Mereka tak nampak, betapa susahnya untuk dia bermujahadah. Mereka tak nampak betapa dia usaha untuk melangkah. Mereka tak tahu susahnya dia untuk istiqamah. Mereka tak faham keadaan apabila dia yang membawa imej agama terpaksa berhadapan dengan pelbagai orang yang berbeza kefahaman agama.

Orang lain pakai tudung shawl belit-belit. Pikir dia tak teringin? Orang lain nak cantik, dia pun nak cantik. Dia pun perempuan. Orang lain pakai baju macam-macam trend, dia pun teringin.

Tapi dia tahan. Dia mahu jadi mawar berduri. Terus menghunus. Kerana dia tahu Syurga itu lebih mahal. Dia cuba. Dia cuba jaga diri. Dia cuba jaga agama. Dia cuma seorang perempuan, yang kudrat untuk berdakwah tak hebat seperti seorang lelaki. Tapi dia tetap cuba...

Handsock, tudung labuh, stokin,

"Weh, alimnya dia ni."

"Kau bolehlah. Aku tak macam kau. Solehahlah katakan."

"Aku tak boleh pakai labuh-labuh ni, panas."

Dah namanya wanita Muslim, memang wajiblah pakai pakaian yang menutup aurat. Bukan bermaksud dia tu dah cukup baik, tapi berusaha untuk jadi baik.

Dia juga manusia. Iman naik turun. Seteguh mana kaki berdiri di atas kesedaran hidayah, kadangkala tersadung jatuh jua ke dalam gaung jahiliah. Dia bukan Nabi yang maksum. Ataupun malaikat yang bersayap.

"Berlakon lebih. Tak minat artis-artis lagho, tapi minat syabab-syabab yang alim, warak ala-ala ustaz tu. Lagi-lagi kalau yang jadi imam atau tengah mengaji tu suara sedap. Tak suka yang hipster, tapi suka yang pakai jubah dengan serban ke sana sini. Sama ja..."

Dia pun ada rasa nak sayang. Dia pun nak disayang. Dia perempuan. Fitrah, perasaan untuk disayangi. Fitrah, inginkan kebaikan. Tapi dia kuatkan hati. Kerana dia mahu cinta high class, bukan cinta murahan.

Dia menangis kerana dosa dia? Siapa tahu? Dia menangis kerana ummah? Siapa tahu. Usaha dia untuk agama? Siapa tahu? Memanglah tak banyak. Matlamat, impian, cita-cita dia? Siapa tahu? Takpalah, Allah saja yang tahu.

Cukup-cukuplah kutuk, caci dan sebagainya. Dia taklah kuat seperti yang mereka nampak. Tapi dengan kudrat yang tak seberapa itulah dia melangkah.

You really don't know untill you' re in her's shoes.

Cubalah memahami bukan menghukum.

♡♥Don't jugde someone untill you know the story. Seriously, SHE NOT AN ANGEL.

Moga Allah rahmati kita semua. Berhentilah mengadili, kerana itu tugas Ilahi. Menaiplah kerana Allah. Berjuang dengan jiwa. Insya Allah hingga jejak firdausi.

》Moga kamu terus kuat.. :')

◇◆◇◆

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah


Friday, June 17, 2016

Jangan tanya markah aku! XD

"Markah awak berapa?"

Minah ni.. Buat saya terkejut je.. Nak kena ni. Saya cubit pipi dia lembut. Haha.. lembut pun, agak sakitlah. Sebab taklah lembut mana XD...

Kertas periksa saya pegang erat. Entahlah nak jawab apa.

"100... Tolak something.."

Ngee.. XD. Saya malas nak beritahu. Tak minat. Janji dapat potong sorang ni, yang selalu dapat markah tinggi dalam kelas ni. Itupun dah bersyukur. Depa ingat saya tak pandai ke? Tulah selalu kutuk belakang.
Eh, Astagfirullahalazim... Najah, najah.. Emo sekejap.  :v

Seingat saya waktu jawab dalam dewan haritu takdalah confident sangat. Dahlah sejuk sampai nak beku. Dengan tersengguk-sengguk nak tidur lagi. Tapi gagahkan juga mata ni. Biarlah susah beberapa tahun, janji bahagia berkurun. XD. Tahun depan dah PT3 pula... Lepas tu SPM. Haha.. Panjang pikir ni. Betullah kata orang,

" Pertolongan Allah tak datang terlalu cepat dan tak juga datang terlalu lambat, tapi ia sampai pada waktu yang tepat."

Ada orang stay up lambat semata nak exam esok. Kita lebih sanggup stay up untuk buku berbanding stay up untuk Allah. Mana tuhan? Allah ke exam?

Ilmu ni cahaya. Tak boleh masuk dalam hati yang gelap. Kalau hubungan dengan Allah, cikgu, kawan-kawan, mak ayah tak jaga, bolehkah kita rasa kita jadi insan yang hebat?

Apa yang saya beritahu ni bukanlah bermaksud saya ni pelajar hebat di sekolah, tapi berdasarkan perjalanan hidup seorang budak rencehan bernama Najah *******...

Banyak nak kata, cik tangan dah tak larat nak bekerja. XD. Moga kita lebih bersemangat dalam mengejar cita.

Yang benar,
Sayalah

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

Tuesday, June 7, 2016

Ya Rasulullah!!!!

KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SELAWAT KEPADA RASULULLAH ﷺ.

Hujjatul Islam Al Ghazali meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang lupa membawa selawat kepada Rasulullah ﷺ.

Lalu pada satu malam dia bermimpi melihat Rasulullah ﷺ tidak mahu menoleh kepadanya, lalu dia bertanya,

"Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?"

Rasulullah ﷺ menjawab,

"Tidak."

Beliau bertanya lagi,

"Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?"

Rasulullah ﷺ menjawab,

"Kerna aku tidak mengenalmu."

Lelaki itu bertanya lagi,

"Bagaimana tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama' meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya."

Rasulullah ﷺ menjawab,

"Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingati ku dengan berselawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan selawat mereka kepadaku."

Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat keatas Rasulullah ﷺ setiap hari 100kali.

Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rasulullah ﷺ lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah ﷺ bersabda,

"Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu."

Yakni kerna orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah ﷺ.

Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah ﷺ, hendaklah ia  perbanyakkan bacaan selawat.

-Kitab Mukasyafatul Qulub, bab IX, hal 55, karangan Hujjatul Islam Al Imam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Al Ghazali RA-

Monday, June 6, 2016

UWAIS AL QARNI

UWAIS AL QARNI

Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya belang-belang. Walaupun cacat, ia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepadanya Ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan Ibunya. Hanya satu permintaan yang sulit ia kabulkan.

"Anakku, mungkin Ibu tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar Ibu dapat mengerjakan haji," pinta Ibunya. Uwais termenung, perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak bekalan. Namun Uwais sangat miskin dan tak memiliki kenderaan.

Uwais terus berpikir mencari jalan keluar. Kemudian, dibelilah seeokar anak lembu, Kira-kira untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkinkan pergi Haji naik lembu. ternyata Uwais membuatkan kandang di puncak bukit. Setiap pagi beliau bolak balik menggendong anak lembu itu naik turun bukit. "Uwais gila.. Uwais gila..." kata orang-orang. Yah, kelakuan Uwais memang sungguh aneh.

Tak pernah ada hari yang terlewatkan ia menggendong lembu naik turun bukit. Makin hari anak lembu itu makin besar, dan makin besar tenaga yang diperlukan Uwais. Tetapi karena latihan tiap hari, anak lembu yang membesar itu tak terasa lagi.

Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Ia menjadi kuat mengangkat barang. Tahulah sekarang orang-orang apa maksud Uwais menggendong lembu setiap hari. Ternyata ia latihan untuk menggendong Ibunya.

Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Mekkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.

Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka'bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah. Di hadapan Ka'bah, ibu dan anak itu berdoa. "Ya Allah, ampuni semua dosa ibu," kata Uwais. "Bagaimana dengan dosamu?" tanya ibunya heran. Uwais menjawab, "Dengan terampunnya dosa Ibu, maka Ibu akan masuk surga. Cukuplah ridho dari Ibu yang akan membawa aku ke surga."

Subhanallah, itulah keinginan Uwais yang tulus dan penuh cinta. Allah SWT pun memberikan kurnianya, Uwais seketika itu juga disembuhkan dari penyakit sopaknya. Hanya tertinggal bulatan putih ditengkuknya. Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan disisakan di tengkuk? itulah tanda untuk Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat utama Rasulullah SAW untuk mengenali Uwais.

Beliau berdua sengaja mencari Uwais di sekitar Ka'bah karena Rasullah SAW berpesan "Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdua untuk kamu berdua."

"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)." (HR. Bukhari dan Muslim)

CERITA KEHIDUPAN UWAIS AL QORNI

Pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapaknya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai sanak family sama sekali.

Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembalakan domba-domba orang pada waktu siang hari. Upah yang diterimanya cukup buat nafkahnya dengan ibunya. Bila ada kelebihan, terkadang ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia dan ibunya. Demikianlah pekerjaan Uwais Al-Qarni setiap hari.

Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Uwais Al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Nabi Muhammad, sedang ia sendiri belum pernah berjumpa dengan Rasulullah. Berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, telah juga didengar oleh Uwais Al-Qarni. Segera Uwais mengetok giginya dengan batu hingga patah. Hal ini dilakukannya sebagai ungkapan rasa cintanya kepada Nabi Muhammmad saw, sekalipun ia belum pernah bertemu dengan beliau. Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais untuk menemui Nabi saw semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, kapankah ia dapat bertemu Nabi Muhammad saw dan memandang wajah beliau dari dekat? Ia rindu mendengar suara Nabi saw, kerinduan karena iman.

Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua renta dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tega meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Siang dan malam pikirannya diliputi perasaan rindu memandang wajah nabi Muhammad saw.

Akhirnya, kerinduan kepada Nabi saw yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinyadan mohon izin kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, merasa terharu dengan ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang.”

Betapa gembiranya hati Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Segera ia berkemas untuk berangkat. Namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sembari mencium ibunya, berangkatlah Uwais Al-Qarni menuju Madinah.

Uwais Ai-Qarni Pergi ke Madinah

Setelah menempuh perjalanan jauh, akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad saw. Setelah ia menemukan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi saw yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, istri Nabi saw. Betapa kecewanya hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak dapat dijumpainya.

Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang. Tapi kapankah Nabi pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman, “engkau harus lekas pulang”.

Akhirnya, karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Karena hal itu tidak mungkin, Uwais Al-Qarni dengan terpaksa pamit kepada Siti Aisyah ra untuk segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi saw. Setelah itu, Uwais Al-Qarni pun segera berangkat mengayunkan langkahnya dengan perasaan amat haru.

Peperangan telah usai dan Nabi saw pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi saw dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad saw melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya., “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi saw kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi saw tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi saw itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan domba dan unta setiap hari? Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali ra, selalu menanyakan dia?

Rombongan kalifah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tapi rupanya Uwais sedang solat. Setelah mengakhiri solatnya dengan salam, Uwais menjawab salam khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi saw ini dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi saw. Memang benar! Tampaklah tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.

Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi saw bahwa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan do'a dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “saya lah yang harus meminta do'a pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang kesini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Seperti yang dikatakan Rasulullah sebelum wafatnya. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menampik dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Fenomena Ketika Uwais Al-Qarni Wafat

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni berpulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, disana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak kenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais Al-Qarni adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, disitu selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni disebabkan permintaan Uwais Al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar ra dan Ali ra, agar merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw, bahwa Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.

Sumber: "Cerita ini diambil dari buku '20 Kisah Sahabat dan Thabiin' terbitan Qibla karangan Ummuthoriq el khanzo."
Subhanallah

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

Tuesday, May 31, 2016

Nak tengok realiti??

''Kenapa budak sekolah agama pun teruk''

''Couple, solat lambat, ikhtilat tak jaga, itulah inilah..''

Panas telinga ni.

Masalahnya bukan tempat, kalau diri sendiri tak ada usaha nak berubah, hantarlah pergi Jordan sekali pun, tetap macam tu jugak.

Bila ada orang pesan jangan couple, jaga pandangan, jaga ikhtilat,

''Syadid noh budak ni''

''Aku sendiri susah nak jaga pandangan, at least aku jaga ikhtilat!''

Biah solehah bukan takde pun kat sekolah. Berjuta kali doh cakap pasal semua ni. Macam ana cakap tadi, masalahnya bukan tempat tapi usaha kita ni nak berubah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tepuk dada tanya iman.

Yang tak boleh blah bila... Pelajar agama pun nak berikhtilat, nak couple! Kalau macam tu golongan apa yang tinggal untuk pertahankan agama?

See?

Hari ni orang yang memperlonggarkan agama di anggap benar,
orang yang mengikut syariat dianggap syadid.. Bangunlah ummah yang bakal syahid untuk agama.

Ya Allah, ampuni dosa kami..

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

Sunday, April 17, 2016

See you di IPT ye.. ^_^


*Maaf lagu 'See you di IPT' takda.. :3


Aku tak tahu kenapa akhir-akhir ni aku asyik ulang tayang tengok cerita 'See you di IPT' tu ulang2 kali. Cerita 12 tahun lepas pulak tuh. Bukan tak pernah tengok, tapi aku sendiri dah lupa. Yalah kecik lagi. CD pun hilang ke mana.

Dulu aku tak faham. Yang aku ingat ada part budak ni kena langgar sampai meninggal.

Sekarang aku faham. Cerita tu buat aku menangis. Kehilangan seorang sahabat tu peritkan?

Dan zaman persekolahan yang menggamit rasa.. Cerita tu bawak gambaran pelajar sekolah agama pulak tu.. Memang kena dengan citarasalah.. :')

Indahnya ukhwah, pilunya pabila berpisah..

Ya Allah, hantarkan aku sahabat yang boleh bimbing aku ke syurga. Senyum tawa bersama. Tangis sendu bersama. Sehingga kami capai cita2 bersama..

Tulus ikhlasmu, budi luhurmu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan hati,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabatku, kau teman sejati.

Sedihnya cerita ni.. T_T








#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

Saturday, April 16, 2016

UsRaH haritu punya cite..

Usrah haritu punya cerita..

Naqibah nak buat game. "Our dream" namanya. So, ahli usrah dihendaki tulis 10 perkara yang nak kami semua nak sangat kat dunia ni..

Dah siap tulis, aku diam jelah.

"Ana nak mula dengan Najah dulu, bacakan senarai tu." Naqibah aku bersuara

Gulp.

"Malulah kak.."

Nasib baiklah kakak usrah aku rajin melayan adek2 usrah dia ni.

"Takpelah, kalau macam tu kita tukar2."

Maka kitaorang pun pas pas lah kertas tu sampai naqibah kata stop. Aku bukak kertas yg aku dapat, tak ingat sangat tapi salah satunya nak jadi anak solehah dan ada kereta sendiri. Lebih kurang macam tulah, yang lain tak ingat sangat. Aku gelak, yalah semua orang ada impian sendiri.

"Semua kertas letak tengah balik, lepas tu cari kertas sendiri." Naqibah kesayangan aku bersuara lagi. Apa lagi, kalut sakan.

"Sekarang ana nak korang semua pilih 3 dari senarai korang, yang korang paling nak sangat, then baca. Ana nak semua baca."

Pening kejap. Kalau ikutkan semua aku nak. Setelah tapis punya tapis, dapatlah tiga yg  aku nak sangat tu.

Sorang-sorang baca, antara impian yang agak ramai orang tulis macam nilah;

Jadi anak solehah
Dapat result yg gempak.(maklumlah baru je habis ujian haritu)
Berjaya dunia akhirat.
Nak pergi Mekah
Nak kereta, rumah & iphone

Sampai kat aku, aku pun bacalah apa yang aku nak sangat kat dunia ni.

Dah habis semua, naqibah aku kata, "Katalah kalau korang ada seminggu je lagi nak hidup kat dunia ni, sempat ke kalau korang nak buat semua yang korang nak tu." Aku yang blur blur dari tadi terus hilang blurnya.

Semua diam. Suasana yang ceria dalam usrah tadi hilang bersama blur aku tadi.

"Siapa dapat apa yang ana nak sampaikan dari game ni?"

Aku laju angkat tangan. Laju-laju aku susun kata walau agak berterabur.

"Permainan ni bukak mata ana untuk lihat apa yang BENAR2 nak dalam hidup ni dan bertapa SINGKATNYA waktu yang ana ada untuk capai semua apa yang ana nak tu."

Naqibah aku senyum. Dia angguk. "Ada lagi?"

Semua diam. Mungkin aku dah tolong diorang semua jawab sekali.

"Kita tutup majlis kita denga tasbih kafarah dan surah Asr."
Aku senyum sendiri. Simple tapi aku faham..

Ukhti, syukran. Ukhti tinggalkan sesuatu yang bermakna untuk aku.

Patutlah Allah kata manusia ni sedang rugi.. Aku amik masa untuk fikir, berapa banyak masa yang aku sedang rugi.

Aku fikir lagi perkara yg aku nak sangat tu, sempat ke aku buat dalam masa seminggu?

Hati dipagut pilu, ya aku terlupa, yang aku ni hamba yang biasa je. Nasib baiklah Allah tu Maha Pengampun. Dan aku tak nak putus asa dari rahmat Allah.. In Sha Allah..

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah

Friday, April 15, 2016

Haih! Aku tak minatlah Bahasa Arab ni.

Aku tak hebat bahasa arab.. minat tak sangatla.. tapi sebab aku sekolah agama, nak tak nak kena belajar jugak..

Tapi... Betullah kata orang tak kenal maka tak cinta..

Aku jatuh cinta dengan bahasa arab..

Bila aku baca Quran, tak banyak pun yang aku faham.. Aku mula jadi geram.. Aku pun mula rasa nak belajar bahasa arab betul2..

Pernah sekali ada sahabat aku kata, "Enti, bahasa arab tu bahasa ahli syurga. Bahasa Quran pulak tu."

Aku diam.

Ustazah pulak kata, "Tak ada bahasa yang paling lengkap kat dunia ni lebih dari bahasa arab."

Haih.. tak cukup lagi dengan tu,

Entah mengapa aku suka sangat dengar orang bebicara dalam bahasa arab. Rasa sedap je dengar. Rasa sedih pun ada sebab aku tak hebat dalam bahasa arab ni..

Aku diam lagi, and start daripada faktor2 yg aku nyatakan di atas, aku berazam, aku nak belajar bahasa arab sungguh2 sampai sambung belajar kat Mesir ke Jordan ke... Aku nak kaji kitab2. Aku nak mahir dalam bahasa quran.. Sebab Nabi aku sendiri bertutur dalam bahasa arab.

Aku mengaku, masa dulu aku memang tak pandang semua tu, yg aku tahu aku nak belajar kat  University of Surrey ke, Sheffield ke, Oxford ataupun Cambridge.. Itu galakkan yang cikgu2 aku kasi dari dulu.. Haha.. Kadang2 aku gelak sendiri.. Tapi sekarang aku nak sangat pergi jejak negara arab untuk untuk ilmu.. itu aim aku sekarang..

Tapi...

Bila aku fikir, mampu ke aku sambung belajar jauhh nun di sana suatu hari nanti...?

"Ustaz/ustazah, doakan saya jadi hebat macam ustaz/ustazah. Doakan saya sambung belajar dekat negara para anbiya'.. Saya nak bermusafir untuk cari ilmu." Aku selalu kata macam tu kat cikgu2 aku..

Aku tak tahu.. Tapi aku akan sentiasa berdoa, moga Allah permudahkan jalan hambaNya untuk tuntut ilmu.. Setiap langkah orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan ke syurga..

Ya, sedang mabuk cinta..

#MuslimUnited
#TanpaTarbiyahGerentiRebah