"Macam mana nak tahu cinta itu kerana Allah atau sebaliknya." Tanya Nuha Athiyah penuh minat.
"Entah. Ana rasa, kalau cinta tu kerana Allah, cinta tu akan mendekatkan. Bukan menjauhkan. Malah menambah keimanan." Ujar Ruhi Sofiya sambil mengarang syair Arab. Matanya melilau ke seluruh dorm. Kebanyakkan ahlinya sedang lena diulit mimpi. Hanya tinggal mereka berdua.
"Ha.. Apa ni cinta-cinta! Oh.. Antuma berdua tengah main cinta ye..."
Ruhi terkejut. Kerana kejutan itu hampir saja dia terjatuh dari kerusi.
Hee.. Nak kena..!
"Najma Ufairah!" Bantal yang dibaling Nuha mengenai sasaran. Rasakan. Rupanya manusia ni tak tidur lagi, berselubung bawah selimut.
"Haha.. Ana nak tumpang sekaki gosip jugak." Ufairah menahan tawa yang bersisa. Bantal tadi dibaling semula ke arah Ruhi pula. Ruhi menepis dengan tangkas. Anak keningnya dinaikkan.
"Tak kena."
Ufairah menaikkan anak mata. Yang mungkin bermaksud, 'Ah, tolonglah.'
Ufairah bangun. Menuju ke meja di mana Ruhi menulis karyanya.
"Mujahadah cinta?" Ujarnya sambil membelek sebuah novel. Kemas balutannya. Karya Siti Aimuni. Di muka surat pertama tertera nama sahabat yang dikasihinya,
Ruhi Sofiya Binti Ahmad Fitri.
Kasih pada sahabatnya kian berbunga.
Di bawahnya ada quotes yang ditulis kemas,
"Fall in love when you're ready, not when you're lonley.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."
Ufairah membaca kuat.
Ruhi menepuk dahi. Habislah.. Ufairah dah jumpa novel tu. Ya Allah, cuainya dia.
"Ya Allah, Ruhi jatuh cinta." Kata Ufairah seraya menadah tangan. Hisy nak kena. Suka mengusik.
Nuha yang daripada tadi 'krik-krik' akhirnya ketawa kecil. Tidak cukup dengan itu, mukanya ditekup dengan bantal, kerana terasa kelakar dengan gaya Ufairah tadi.
"Hey.. Suka hatilah nak jatuh tangga ke, jatuh hati ke, jatuh cinta ke." Ujar Ruhi berlagak selamba. Cermin mata tebal Ufairah dirampas dan dipakainya terbalik. Dalam nadanya dapat dikesan sedikit gugup. Alahai Ruhi!
"Bila ustazah pilihan jatuh cinta..." Nuha menambah 'perasa'.
''Siapalah Imam Muda untuk Ustazah Pilihan kita ni..." Sambung Ufairah makin galak.
"Thoyib. Ambillah. Antuma menang." Ruhi mengangkat bendera putih.
Nuha sedikit pelik. Selama ini sahabatnya yang bernama Ruhi Sofiya ini selalu membeli buku berkenaan Fiqh, Sirah dan sebagainya. Tiba-tiba terselit novel cinta pulak. Apa kes ni.. Tapi daripada tajuknya, Nuha mengerti itu novel yang bergendre Islamik. Lebih kurang Cinta High Class lah. Karya Ustazah Fatimah Syarha dan zaujnya, Dr Farhan Hadi.
Masya Allah.. Sweetnya. Pasangan novelis. Menulis kerana redha Allah. Moga cinta mereka jejak ke syurga. Nuha, Ufairah dan Ruhi peminat tegar Ustazah Fatimah Syarha. Tautan hati, Cinta potato spring, Aku ada wali, Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Cik Abang, sudi nikah satu dan karya lain-lain Ustazah Fatimah Syarha sudah mendapat tempat di rak buku mereka juga di hati mereka.
"Patutlah asyik cakap pasal cinta je dari tadi." Kata Ufairah seraya tergelak. Nuha tersedar daripada lamunannya.
"Ana yang mula dulu. Ana tanya Ruhi, macam mana kita nak tahu kalau kita cinta sesorang tu kerana Allah."
Nuha berkata kemudia bersila. Di tangannya ada buku latihan fizik tingkatan lima yang tidak luak dibuka.
Dorm yang gelap itu diterangi lampu yang samar-samar milik Nuha.
"Nice topic. May I join?" Kata Ufairah dengan pekat loghat posh Inggerisnya. Mewarisi darah Inggeris bukan bermakna dia setuju dengan budaya, pemikiran, pandangan orang Inggeris. Ufairah meletakkan agamanya sebagai prioriti. Pengalamannya membesar di negara yang mengagungkan kebebasan itu membuatkan dia berasa Islam terhina di sana.
Masih segar di ingatannya ketika dia berusia 14 tahun. Valentine's Day (Hari Kekasih) disambut besar-besaran di sekolahnya. Hampir seluruh rakannya mempunyai 'pasangan' untuk hadir ke parti yang dibuat di sekolahnya, Heathfield School, London, England.
Sistem pembelajaran di sana lain. Pelajar yang cemerlang boleh naik gred cepat jika keputusan peperiksaan mereka memberangsangkan. Itulah yang terjadi pada Ufairah. Disebabkan itu, Darrell Aimè seorang pelajar Eton College gred tiga yang berbangsa Perancis meminati Ufairah.
Darrel Aimè. Budak lelaki perancis yang berkulit putih kemerahan, mata biru turqoise dan bercelak itu menyapa kotak memorinya. Darrel punya pelbagai maksud dalam perancis. Antaranya ialah belahan jiwa. Manakala Aimè bermaksud orang yang dicintai. Ah! Sayang sekali dia seorang atheis (Tidak percaya Tuhan).
Tawaran bercinta olehnya memang ditolak oleh Ufairah ketika itu. Yalah, gila apa. Kalau bondanya tahu, nahaslah. Tinggal di negara orang Inggeris tak bermaksud dia perlu mengikut cara mereka. Walaupun ketika itu dia belum tahu couple itu haram. Tetapi di sana ia merupakan perkara biasa. Malahan siapa yang tidak berpasangan itu diibaratkan looser.
"Paku dulang. Paku serpih. Mengata orang dia yang lebih." Bantal dibaling ke arah Najma Ufairah yang enak berangan.
"Tabarakallah." Ucap Ufairah terkejut. Dia tersengih sendiri. Melalut sungguh dia berfikir. Sampai teringat si Darrell. Hehe..
"Beranganlah tu." Sampuk Nuha. Matanya menjeling tajam si Ufairah. Setajam pedang Jepun.
"Cepatlah nak join ni.." Rengek Ufairah lagi.
"Alah mana ada apa-apa."
"Love, it's sounds interesting." Ujar Ufairah lagi.
"Enti pernah bercinta?" Tanya Nuha sambil membelek buku fiziknya.
"Isyyy.. Kitakan pelajar agama. Mana boleh main cinta.." Pangkah Ufairah. Matanya dijegilkan.
"Manalah tahu dekat UK dulu... Dengan mamat keturunan duke ke.. Haha" Ruhi mencelah.
Muncung Ufairah sedepa.
"Salahkah bercinta? Salahkah jatuh cinta?" Tanya Ufairah pula.
"Hmmmm....." Panjang bunyinya. Ruhi menurunkan pena. Syair Arabnya yang berantai di biarkan seketika. Dia turun dari kerusi, mendekati Ufairah.
Nuha juga makin mendekat.
Ufairah hairan. Dah kenapa mereka ni. Buat saspen ni. Ruhi kemudiannya membisikkan sesuatu.
"Siapa yang sebenarnya tengah angau cinta ni.." Usik Ruhi pula.
Nuha mencubit kuat pipi Ufairah.
"I just wanna know. It's okay if you don't to tell me. I will not take part." Ada nada rajuk di situ.
"Lagipun ana memang tengah angau cinta. Ana angau, mana taknya dia call ana lima kali sehari."
"Enti...!! Biar betul.. Berdosalah..!!" Jerit Nuha kecil. Mulutnya ditutup laju, bimbang mengganggu pelajar lain yang sedang lena.
Hanya Ruhi yang tenang.
"Yalah, bercinta dengan yang Maha Esa memanglah angaukan? Cinta yang tak kenal erti kecewa. Kita perlu cinta sebegitu." Kata Ruhi dalam senyuman.
"You don't answer my questions, Miss Asia Pasific." Kata Ufairah senada. Geram pula. Terasa mahu mencubit-cubit pipi Ruhi yang tak berapa tembam tu.
Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Mereka masih belum beradu.
"Salahkah bercinta? Salahkah jatuh cinta.? Salahkah?" Nuha mengulang pertanyaan Ufairah.
"Hmmmmm....." Makin panjang bunyinya.
Ufairah dan Nuha setia menanti jawapan.
Bersambung...
![]() |
| 'Hint' untuk sambunganya.. ♡♥ |
![]() | |
| Salam Ukhwah dari 'Ruhi Sofiya', 'Nuha Athiyah' dan 'Najma Ufairah'. Syukranlakum sudi membaca.. |


No comments:
Post a Comment