Saturday, October 1, 2016

Ramai peminat..?

Fuh.. Saya perlu kekuatan untuk tulis entri kali ni..

Hahaha.. Bunyi mengada..

Okay.. Ustazah kata,

''Kalau ada perkara yang baik kita, boleh beritahu. Bukan nak riya'. Untuk jadi qudwah.''

Saya nak cerita ni untuk simpulkan sesuatu... Bukan nak kata saya ni ramai peminat ke apa ke. Takda maknanya.. Buang masa, buang tenaga..

Bismillah...

Lepas solat Magrib...

Lepas salam dengan kakak dan adik-adik, saya tunggu lama sikit. Nak salam dengan pengetua.

Tengah salam...

''Eh, awak ni MPM (Pengawas) yang ramai peminat tu kan?'' Pengetua tanya sambil gelak sikit.

Alamak... Allahu...

Hari Rabu. Watikah Pelantikkan Exco, MPM, BADAR, Nuqaba' dan MPKP.

Duduklah dekat kerusi. Tunggu dia panggil MPM lelaki ambil sijil penghargaan dulu, lepastu MPM perempuan beratur tepi pentas.

Saya beratur dengan kawan-kawan. Acah tak nervous. Main sekejap dengan kawan, sementara kakak-kakak depan tu amik sijil dulu, Gurau sikit. Haha. Padahal kaki dah menggigil, tangan sejuk. Pelantikkan tahun lepas tak buat kat dewan,.. Alahai..

Ah, tak lupa, semua sibuk dok jaga tudung.. Haha.. (Termasuk saya)

Sampai form kitaorang,

Kawan saya dulu, nama dia sebut.

Sampai form kitaorang je tiba ramai tepuk. (Budak lelakilah)

Saya? Lantaklah kalau krik krik pun. Apa saya kisah. Janji dapat sijil.

*** Najah ******* ***** **** ****

Nama saya sebut. Nasib tak salah sebut. Kalau tak memang nak kena..

Korang mesti nak tahu apa jadi?

Saya cakap betul. Saya tak tipu. Kuat betul bunyi tepuk. Takyah cerita lebihlah, nanti kena kecam over pulak. Siap ada budak lelaki yang kecoh lagi. Cukuplah saya beritahu ia agak kuat.

Saya tak sangka diorang berani buat macam tu. Walau saya tak pandang, saya tahu, mesti budak form saya. Nak ejek lah tu. (Wallauhalam)

Saya takut. Sambil berjalan ke arah pengetua, saya istighfar. Sebab? Nanti saya bagitahu..

Masa ambil sijil dengan cenderahati, pengetua bisik,

''Ramainya peminat.''

Tabarakallah. Nak gugur jantung. Budak-budak tu... Ya Allah. Sabar.

Saya senyum paksa. Cepat keluar dewan. Kawan-kawan yang kat belakang, saya tak tahu macam mana. Tapi kena sorak jugak macam tadi kot.

Selepas tu, kena naik lagi untuk pelantikkan baru sesi tahun depan. Alahai..

And sampai jugak ke pointnya.

Saya fikir.
Apa respon saya bila kena sorak tadi?

Gembira sebab popular (lah sangat), teruja, semangat or whatever?

Saya istighfar masa atas pentas tadi sebab,

Saya risau kalau saya 'seronok' dengan situasi itu.

Nikmatnya istighfar kerana ia menggilap iman. Memberi jalan untuk akal berfikir. Nafsu memang senang dengan usikkan sebegitu. Bahkan menganugerahkan taniah atas populariti di mata lelaki.

Tapi... Errr...

Apa kata Iman?

Iman membuatkan saya berfikir, apa kesudahan melayan usikkan begitu dan perasaan 'seronok' kerana di'sorak' rakan lelaki saya.

Syok sendiri. Perasaan berkhayal. Abaikan pelajaran. Sibuk dengar lagu cinta, drama cinta dan yang berkaitan cinta. Sibuk nak bercinta dengan cinta tanpa arah tuju. Senanya panjang lagi saya pikir, tapi malas nak cerita. Tapi pokok pangkalnya memang teruklah kalau saya pilih jalan ni.

Syaitan mengejek.

'Alah. Kau tu pikir panjang sangat. Setakat benda kecik tak bawak mudharat sebesar tu.'

Dan Iman pun berkata,

'Mencegah lebih baik dari merawat.'

Pendek. Tapi buat saya berfikir dalam.

Saya takkan layan mereka dan perasaan tu. Alah. Mereka sorak bukan sebab apa. Bukan suka pun, mungkin perli. Tak payah perasan sangat.

Biar tak glamour kat dunia tapi glamour kat langit sana. Bangga kerana populariti? Boleh jalan. Takda maknanya popular di mata lelaki. Semata-mata kerana nak perhatian mereka. Dan ketika itu saya teringat lagu ni.. Ia punya maksud mendalam.

Aku bukan si dara biasa,
Dambakan kasih nak dimanja-manja,
Lidahku tajam bila berkata,
Niat di hati cuma,
Untuk berjaga-jaga.

Saya huraikan benda ni sebab... Korang tahukan perkataan,

Mencapub. Saya tak suka perkataan ni. Bunyi kasar. Dalam erti kata lain,

Cari publisiti. Mungkin macam ni..

Men ca(cari) pub(publisiti) 

Haha.. yeke. Suka hati saya je.. mungkinlah...

Apa kaitannya dengan populariti ni?

Hari ini,

Tak kisahlah sekolah agama ke tak ke apa apa pun.

Ada muslimah yang berani 'mencari publisiti' semata untuk popular di mata lelaki.   

Semurah itukah wanita?

Ya, saya berkata berdasarkan pengalaman. Alah, benda biasa. Budak sekolah tahulah. 

Saya tak suka layan kalau kena sakat dengan lelaki. Kalau layan makin menjadi-jadi. Bukan berhenti.

Tapi naik tahun ni. Dia lain macam sikit. Jujur saya kata, kadang saya rasa macam entahlah.. Bila saya diberi 'perhatian' sebegitu. Lagi kalau dapat tangkap ada orang sedang memerhati.. Alahai.. Iman janganlaj tapuh.. 

Ah.. Tapi ternyata semua tu karut lagi mengarutkan. Saya dah sedar balik sekarang. Kembali seperti dulu memang tak boleh bagi muka lelaki ni..

Baru je pagi tadi kena lagi..

''Lap tingkap seyhh..''

''Wehh.. rajin lorhh..''

Excuse me. Lap tingkap salah ke. Pergi jagalah kelas sendiri. Sumbat mulut dengan kain lap tingkap ni baru tau.

Saya tak dahagakan perhatian lelaki. Saya tak kisah kalau tak popular di mata lelaki. Saya tak ingin semua tu. Ramai followers ke. Apa ke. Nanti kat kubur sesorang gak. Boleh jalanlah semua tu. Saya tak heran. Pikir saya apa.....?

Tolonglah para akhwat sekalian. Kita tak perlukan semua tu untuk berjaya. Janji pandangan Allah. Jangan rendahkan martabat hanya untuk PERHATIAN LELAKI. 

Sikit sikit gelak gedik depan lelaki.
Buat gaya melebih.
Cakap kuat kuat.

Dan lain lain..  

Nafsu gembira. Iman terseksa?

Jagalah puteri yang MENJAGA, TERJAGA dan DIJAGA.

''Taklah ustazah, diaorang tak suka saya. Mungkin diaorang tepuk sebab perli kot. Wallahualam...''

Saya jawab soalan pengetua apabila laber 'ramai peminat'(lah sangat) tadi diberikan kepada saya. Nak minat apanya. Bukan cantik pun. Garang pulak tu..

Saya pun ceritalah suka duka menjadi pengawas si Kusiss. Nak taip malas.. Huhu..

''Takpalah. Biasa kalau kita nak buat benda betul, orang memang tak suka.''
Pengetua nasihat panjang lebar. Ada lagi, tapi seperti biasa malas nak taip. (Hakikatnya saya menaip lambat :3)

Saya tersedar. Melihat sijil itu kembali, buat saya fikir, pengharhaan dan pelantikkan ni bukan benda main main.

Ini amanah saya. Membantu guru guru membendung masalah disiplin murid.

Baiklah.

Demi Islam.. Saya harus berdedikasi.

''Sesungguhnya Allah suka akan seseorang yang apabila dia lakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukan dengan cara terbaik.''

Riwayat Al-baihaqi

Luaskan DAKWAHMU, seluas BUMI.
Moga Allah redha,
Moga Nabi cinta.

Allahuama Amin..

Maaf jika ada perkara di entri ini buat terasa. Saya tiada niat. Saya menulis berdasarkan pengalaman..









No comments:

Post a Comment